Katakan Tidak Pada Lemang Periuk Kera Untuk Raya Ini!

Trending

Katakan Tidak Pada Lemang Periuk Kera Untuk Raya Ini!

Siapa tak suka makan lemang masa hari raya dengan rendang dan kuah kacang. Tetapi sekarang ini nak dapatkan lemang sangat mudah, tidak lagi perlu mengikuti proses penyediaannya cukup renyah dalam memastikan keenakannya terjamin.

Ramai orang sekarang mempunyai teknologi yang sangat kreatif dalam menginovasikan lemang bukan hanya menggunakan buluh tetapi menggunakan periuk kera.

Advertisement

Lemang periuk kera ataupun lemang buluh lebih sedap?

Ada diantara orang yang pernah mencuba mengatakan bahawa lemang periuk kera dikatakan sangat sedap tetapi ianya memudaratkan bumi.

Walaupun ianya lebih sedap tetapi raya ini cuba elakkan untuk makan lemang periuk kera.

Seorang peguam dan juga Pengerusi Persatuan Pencinta Alam cawangan Negeri Pahang, Jehan Bakar  menulis perkongsian mengenai periuk kera kepada orang ramai di Facebook milknya.

Beliau berkata, ramai orang tidak tahu bahawa tumbuhan jenis nepenthes macrophylla ini telah tersenarai dalam IUCN sebagai spesis yang terancam.

Apa yang lebih mengejutkan, pada masa akan datang, planet kita diramalkan bakal mengalami peningkatan suhu di antara 1 hingga 5 celsius iaitu 2 hingga 10 darjah Fahrenheit.

Banyak hidupan yang akan mengalami kesukaran untuk ‘membiasakan’ dengan fenomena cuaca ini. Tidak seperti haiwan yang mampu bergerak dan berhijrah ke tempat yang lebih dingin, spesis periuk kera ini tentunya akan kekal statik di ‘tempatnya’ dan menjadi mangsa pemanasan global.

Semua ini salah siapa? Siapa lagi kalau buka kita manusia yang  menjadi punca tumbuhan ini pupus lebih awal! Ditambah pula dengan aktiviti pengambilan periuk kera secara besar-besaran, pastinya ia akan mempercepatkan lagi proses kepupusan mereka.

Manusia adalah orang diatas muka bumi yang tidak pernah memikirkan hal ini. Meraka hanya tahu kelazatan periuk kera tanpa memikirkan kesannya selepas itu terutama sekali pada musim perayaan Aidil Fitri dan Aidil Adha.

Ujarnya lagi, biasanya dalam jual beli kita akan ada satu konsep yang dipanggil permintaan dan pengeluaran, jadi sekiranya permintaan berkurang, secara tidak langsung kita akan dapat menyelamatkan tumbuhan terancam ini.

Dalam pada itu, beliau memohon kepada orang ramai agar tidak membeli atau makan lemang yang dibalut dengan periuk kera pada hari raya nanti.

Sebagai ahli NGO alam sekitar:

Saya percaya saya harus berkongsi perkara ini supaya orang lain juga akan sedar. Kita semua mempunyai tanggungjawab menjauhkan diri daripada memakannya, dan memberitahu keluarga dan kawan kita untuk berbuat demikian juga.

Kekurangan permintaan untuk lemang periuk kera akan mengurangkan penuaian spesies nepenthes dan membolehkannya menghasilkan semula di padang belantara.

Jadi Hari Raya ini, selain mengatakan TIDAK pada plastik dan juga air manis. Ingat jangan makan lemang periuk kera.

Raya ini jangan gatal pergi beli lemang periuk kera ya, walaupun bercadang nak mencuba.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...