Semalam, berita mengenai penutupan kafe milik pendakwah selebriti, Ustazah Asma’ Harun di Seremban, Negeri Sembilan yang bernama Momen Kafe akibat kerugiaan lebih RM300,000 telah meraih perhatian netizen.
Buka ‘outlet’ kedua pula?
Bagaimanapun, netizen pertikaikan apabila Ustazah Asma’ melakukan pembukaan cawangan kedua kedai makan miliknya biarpun telah mendakwa perniagaan rugi besar sebelum ini.
Melalui platform X, netizen persoalkan tindakan pendakwah tersebut apabila dia membuka ‘outlet’ kedua premis makanan pada November tahun lalu.
Konsep restoran kurang sesuai buat pelanggan
Dalam pada masa yang sama, ada juga netizen yang berpendapat konsep restoran Ustazah Asma’ tidak sesuai buat pelanggan kerana perlu membuka kasut dahulu sebelum memasuki restoran.
Didapati di Google Review, Momen Kafe hanya mendapat ‘rating’ sebanyak 3.4 dan ramai pelanggan meluahkan rasa tidak puas hati di bahagian komen mengenai servis restoran itu.