“Kata-Kata Tu Buat Saya Jelas Tentang Tujuan Hidup..” – Aisyah Hijanah Kini Bersahabat Dengan Laudya Cynthia

Hiburan

“Kata-Kata Tu Buat Saya Jelas Tentang Tujuan Hidup..” – Aisyah Hijanah Kini Bersahabat Dengan Laudya Cynthia

Baru-baru ini pempengaruh Aisyah Hijanah telah berkongsi sebuah Instagram story yang telah berjaya menarik perhatian warganet ketika melihat dirinya sedang bersama pelakon Indonesia terkenal, Laudya Cynthia Bella.

Dalam hantaran tersebut, Aisyah mengucapkan rasa berterima kasih kepada nasihat yang diberikan oleh aktres tersebut kepadanya. Dia juga mendoakan agar Laudya sentiasa berada dalam kesejahteraan.

Advertisement

Syukran Kak Laudya Cynthia atas kata-kata yang penuh hikmah. Bersyukur dapat mengenalimu dan setiap kata-kata itu membuatkan Aisyah jelas tentang tujuan hidup.

aisyahSumber : Instagram  

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AISYAH HIJANAH (@aisyahhijanah)

Terdahulu, Aisyah juga sempat memuat naik sebuah lagi gambar yang dipercayai bersama Laudya. Katanya dalam story berkenaan, pelakon itu merupakan sosok sahabat yang sukar untuk dilupakan kerana sikap mulia yang sentiasa mengutamakan Allah SWT dalam apa jua keadaan.

Sebelum ini, ibu kepada dua cahaya mata ini sempat tular di media sosial apabila suaminya Alif Teega telah mengumumkan bahawa dirinya telahpun bernikah dengan isteri keduanya.

BACA: Bila Nak Post Bini Kedua.. Alif Teega Tak Berani Kongsi Tentang Isteri Kedua, Netizen Masih Tertunggu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...