February 21st, 2018

Tidak dinafikan sakit dan perit rasanya untuk melepaskan seseorang yang dicintai. Lebih banyak berdiam diri sejak hubungannya dengan Elfira Loy bertemu titik noktah saat bapa Elfira memulangkan cincin pertunangan, Sufian membuatkan netizen sebak apabila membuat kata-kata ucapan selamat tinggal buat Elfira pada gambar pertunangan mereka sekitar empat bulan lalu.

Definitely one of the best day in my life. I never regret knowing you, love. (6th Oct 2017).

Netizen yang tersentuh hati dengan kata-kata Sufian turut bersimpati dengan penyanyi tersebut dan ada yang mendoakan agar beliau bertemu dengan wanita yang lebih baik pada masa hadapan.

Buat masa ini, Elfira masih belum memberikan sebarang kenyataan berhubung isu putus tunangnya kerana masih lagi berada di Amerika Syarikat. Walaubagaimanapun, Elfira dilihat sudah memadam foto pertunangannya di akaun Instagram.


75 responses to “Kata-Kata Sufian Suhaimi Buat Elfira Loy Bikin Netizen Sebak”

  1. Anonymous says:

    Bersabar laa ean.. smoga allah berikan yg lebih baik… Insyallah doa yg baik2.. nasib kite sama.. putus tunang n amat sakit untuk melepaskan orang yg kite sayang.. apelagii da merancang untuk hidup bersama.. dengan adenya orang ke-3 ni memg sakit n perit.. tapii Insyallah allah ade untuk orang yg teraniaya.. berdoa smoga kita smua d bwah lindugannya.. Amiin..

  2. melati says:

    Biarkan lah Sufian, ko tu Lelaki ‘ kalau umoq dh 50 tahun pun org nk lagi…!!! Tapi Pompuan ??? umoq mcm Neelofa pun org dh mengata sana sini..!!! (ANDARTU)… mungkin Family Elfira Roy tk sedor kot Neelofa yg cantik & Konon kaya pun susah nk dpt Jodoh, tambah Elfira yg Keping & harap duit berlakon jrr …!! fikirkan lah..kalau nk tunggu anak Raja ??? Raja Ariq kenapa org tk berebut..??? Anak Raja gk kan..hmmmmm

  3. MakTakFaham says:

    Tak yah la nak cakap bukan2..
    Cerita 1 side ja….
    Besok2 sambong balik la tu, biasa nya seseorang dihargai selepas kehilangan..
    Ada jodoh, kawen la dorang tu..

    EL mmg cantik orang nye.. May be mereka belom cukup matang

  4. Doa itu senjata plg tajam says:

    Move on…. Dah tak de jodoh. Allah tak izinkan.
    Kalau ada jodoh lagi berpuluh tahun terpisah pun akan bersatu semula. Yg penting perbaiki diri, berdoa. Kalau betul2 nk kn seseorang kena usaha lebih. Bnykkn solat hajat…Doa minta dijodohkan dgn pasangan yg terbaik buat diri kita. Di samping tu teruskan hidup sebagaimana sepatutnya. Kalau dah ditetapkan jodoh dgn org yg sama… Maka usaha kita diterima… Jika tidak maka Allah gantikan dgn yg lebih baik.

  5. Kucingkerong says:

    Itu nama dah tak ada jodoh…

Loading...