Tidak dinafikan sakit dan perit rasanya untuk melepaskan seseorang yang dicintai. Lebih banyak berdiam diri sejak hubungannya dengan Elfira Loy bertemu titik noktah saat bapa Elfira memulangkan cincin pertunangan, Sufian membuatkan netizen sebak apabila membuat kata-kata ucapan selamat tinggal buat Elfira pada gambar pertunangan mereka sekitar empat bulan lalu.
Definitely one of the best day in my life. I never regret knowing you, love. (6th Oct 2017).
Netizen yang tersentuh hati dengan kata-kata Sufian turut bersimpati dengan penyanyi tersebut dan ada yang mendoakan agar beliau bertemu dengan wanita yang lebih baik pada masa hadapan.
Buat masa ini, Elfira masih belum memberikan sebarang kenyataan berhubung isu putus tunangnya kerana masih lagi berada di Amerika Syarikat. Walaubagaimanapun, Elfira dilihat sudah memadam foto pertunangannya di akaun Instagram.