Selepas persembahan Ifa Raziah di konsert akhir Gegar Vaganza, Datuk Rosyam Nor telah bertanggungjawab memberikan komen kepada penyanyi tersebut. Komen yang diberikan mendapat pujian dan sokongan daripada orang ramai yang kurang menggemari aksi yang ditonjolkan oleh Ifa Raziah dan Hisyam Hamid. Namun Ifa Raziah sempat memaklumkan yang itu semua hanyalah lakonan semata-mata dan mereka berdua telah mendapat kebenaran daripada suami/isteri masing-masing. Antara isipati komen Rosyam Nor ialah aksi yang ditunjukkan tidak sesuai untuk tontonan ramai.
Enggan berdiam diri apabila dikritik sebegitu rupa, Ifa Raziah menerusi Berita Harian telah mengeluarkan kata-kata yang amat pedas sekali buat Datuk Rosyam Nor. Kata Ifa:-
Dia (Rosyam) cakap persembahan saya tak sesuai untuk tontonan umum. Habis itu selama ini dia jadi pelakon… takkan tak pernah pegang tangan heroin dia.
Kalau dia cakap tak sesuai, lebih baik dia jangan berlakon. Apa yang saya lakukan hanya sekadar seni lakonan.
Apa yang saya dan Hisyam lakukan atas paksi profesional. Malah kalau nak dibandingkan ada persembahan lain di anugerah tertentu lebih daring daripada apa yang saya lakukan.
Saya bukan nak menggatal, meraba dan bercumbu dengannya pun. Saya dan Hisyam saling menghormati kerja kami. Saya sendiri pun seorang pelakon.
Fuh~~~ Agaknya apakah reaksi yang akan ditunjukkan oleh Datuk Rosyam Nor selepas membaca kata-kata Ifa Raziah ini? Bila difikir balik ada juga betulnya kata Ifa ini kan? Sama-samalah kita nantikan. Apa pula pendapat anda?
P.S: Tampil bergaya di tempat kerja dengan Kathryn Cotton Blazer daripada MisClaire ini. Saiz sehingga 6XL ada disediakan untuk mendapatkan blazer yang amat selesa dan strechable ini. Jangan lupa untuk memasukkan voucher ‘KATI69” untuk mendapatkan blazer ini dan baju tanpa lengan pada harga HANYA RM29 sahaja. Layari www.misclaire.com, Instagram MisClaire dan juga Facebook MisClaire untuk melihat lebih banyak koleksi pakaian yang sangat awesome.