Sebelum ini, filem Vik2ria Secret menerima kritikan bukan sahaja daripada netizen malah daripada selebriti sendiri yang mendakwa naskah tersebut hanya membazir dana FINAS serta tidak menarik untuk ditonton.
Meraih kutipan tiket sebanyak lebih kurang RM5,000 sepanjang ia ditayangkan di pawagam, penerbit filem, Sheunik Sdn Bhd memaklumkan bahawa Vik2ria Secret bakal menembusi pasaran Indonesia menerusi platform over-the-top (OTT).
Tahukah anda bila cerita ttg filem yg dapat dana FINAS, kita pun taktau atas kriteria apa FINAS buat pemilihan.
Sbg contoh, VIK2RIA SECRET.
FINAS bagi dana setengah juta lebih.
Ya duit kerajaan RM550,000!
Tapi kutipan filem ni cuma RM5,000 lebih kurang. Penonton cuma 346 org. pic.twitter.com/X0Ioxbs7DA
— Fakta Bukan Auta (@FaktaBukanAuta) July 16, 2023
Richard Ung selaku pengarah urusan memaklumkan bahawa pihak mereka sedang merangka strategi pemasaran dan penayangan bersama platform OTT Indonesia, Video.com.
Selama ini tidak ada filem daripada Malaysia yang memasuki platform OTT Indonesia Video.com. Maka kita akan jadi filem Malaysia pertama yang akan ke sana.
Kami mahu tembusi pasaran Indonesia. Penting untuk kita dapatkan platform dulu. Bila ada platform, maka akan ada peluang untuk dapat pulangan dari produk filem kita.
Turut mengulas kutipan tiket yang dianggap gagal bagi jumlah dana daripada FINAS diimbuh sebanyak RM550,000 bagi tujuan pembikinan filem tersebut, Richard mempunyai alasan mereka tersendiri.
View this post on Instagram
Tarikh tayangan filem ini ditayangkan kurang sesuai kerana harus bersaing dengan filem besar yang lain seperti Polis Evo 3, The Flash dan Transformer meskipun ia memiliki plot cerita yang menarik.
Tambahnya lagi, pasaran filem termasuk Hollywood sedang menghadapi kemerosotan dan tidak mustahil sekiranya filem tempatan turut terkesan.
Terdahulu, filem Vik2ria Secret yang mengetengahkan cerita dan rahsia ‘dalam kain’ wanita sudah mula ditayangkan sejak 15 Jun lalu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.