“Kat Rumah Pun Dia Kelakar Orangnya” – Datin Patimah Tak Sangka Puteri Sarah Boleh Buat Lawak Di MLS4

Hiburan

“Kat Rumah Pun Dia Kelakar Orangnya” – Datin Patimah Tak Sangka Puteri Sarah Boleh Buat Lawak Di MLS4

Isteri kepada pengarah Syamsul Yusof, Datin Patimah dilaporkan hadir memberi sokongan buat bekas menantunya, Puteri Sarah Liyana yang menyertai pertandingan Muzikal Lawak Superstar musim ke-4 (MLS4) semalam.

Ditemui media, Patimah berkata dia tidak menyangka bekas menantunya itu mempunyai bakat melawak di atas pentas.

Advertisement

Saya tidak sangka dia boleh melawak. Tetapi sebenarnya dia di rumah juga kelakar. Lepas tu, dia yang menjadi bahan usikan.

Hari ini (semalam) saya hadir sendiri bersama kawan-kawan sementara Datuk Yusuf Haslam mempunyai urusan lain dan tidak dapat datang.

Ujarnya lagi, dia akan berusaha untuk hadir setiap minggu bagi menunjukkan sokongan jika diizinkan Allah S.W.T.

Insya-Allah, jika diberikan kesihatan saya akan datang setiap minggu. Tetapi saya rasa menonton di televisyen di rumah saja mungkin sudah memadai nanti.

Sekadar info, Puteri Sarah menyertai rancangan lawak itu bersama-sama Mamak Puteh dan Ilham Abata dalam kumpulan Gebu.

MLS musim ke-4 turut menampilkan Saiful Apek, Harith Iskander dan Anna Jobling sebgai juri sementara Datuk AC Mizal sebagai pengacara.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

tyzo padam foto dj lin
5 hours ago

"Dia Pernah Menutup Periuk Nasi Saya.." - Padam Foto DJ Lin Dalam Senarai Top 10 Penyampai Radio Popular, Ini Respon Tyzo

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...