Tahap kepanasan cuaca di negara kita sekarang membimbangkan dan rakyat dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga terutamanya kanak-kanak dan pelajar sekolah.
Seorang ibu meluahkan kekecewaan dan marah terhadap tindakan seorang guru yang dikatakan telah mendenda anaknya kerana lambat 10 minit ke sekolah.
Menerusi video dimuat naik di TikTok, dia menceritakan ketika itu sedang berlangsung perhimpunan pada jam 2 petang namun anaknya yang berusia 7 tahun diasingkan dan dijemur bawah terik matahari.
Katanya lagi, tindakan itu keterlaluan memandangkan keadaan Malaysia ketika ini yang sedang dalam musim panas terik dan bimbang jika terkena strok haba.
Makan hati jugak aku yang tengok anak aku baru darjah 1 kena denda macam tu terkontang kanting sorang sorang di bawah panas terik.”
Tambahnya, guru di sekolah boleh sahaja denda namun sepatutnya bertimbang rasa dan hukum anaknya berdiri di kawasan teduh berbumbung.
@dvafella Dalam pada pihak KPM mengambil langkah berjaga² pada musim panas ni..anak aku selamba je ustazah denda JEMUR tengah cuaca panas atas alasan anak aku lambat ke sekolah. Dah la di pulaukan diasingkan berdiri jauh dari perhimpunan pelajar² lain disidainya anak aku sorang² bawah panas terik jam 2petang sedangkan ustazah tu pandai pulak berteduh bawah koridor. Makan hati jugak aku yang tengok anak aku baru berusia 7tahun darjah 1 kena DENDA macam tu terkontang kanting sorang² diBAWAH panas terik. DiMALUKAN DiPULAUkan dari masuk barisan perhimpunan sekolah. Tidak dibenarkan masuk barisan perhimpunan akibat lambat 10minit. Waktu pembelajaran masih belum bermula..semua pelajar belum lagi masuk ke bilik darjah. Masih lagi dalam perhimpunan. Agak² la kalau nak denda pun, tempat teduh ada kenapa ko JEMUR anak aku tengah panas terikk! Apa la bodoh sangat pemikiran..akal ada tak guna ke? Musim panas kematian akibat strok haba pun dah banyak kes sekarang. Kalau buatnya anak aku rebah time tu ko nk bertanggungjawab ke? Lepas tangan je alih² mak bapak jugak kena hadap. Maaf ya aku dah tak boleh sabar tengok anak aku kena denda macam tu. Depan² mata aku pulak kena sidai tengah panas macam tu, kat rumah aku on aircond 24jam ko pandai² sidai anak aku tengah PANAS. Risaunya dgn kes stroke haba sekarang. Anak aku lambat bukan sengaja² aku nak hantar lambat, anak aku lambat bersebab. Aku bukan ibu yang bodoh yang tak tahu peraturan sekolah. Takkan lambat 10minit menyebabkan anak dah tak boleh hadir ke sekolah terus pada hari itu. Jadi warga pendidik ni kena peka..kena bijak kena ada jiwa. Pandang budak tu macam anak ko sendiri, budak tu baru darjah 1 kot. Baru nak belajar kenal alam persekolahan yg sebenar. Banyak cara lagi ko boleh denda kenapa cara bodoh jugak ko pilih? Salah ke kalau ko denda bawah tempat teduh macam ko berteduh bawah koridor?? Ko pandai cari tempat teduh nak berucap. #sekolahagamasesipetang #Pejabatpendidikanagamajohor #kementerianpendidikanmalaysia #pejabatagamanegerijohor @Fadhlina Sidek @KPM??
Bagaimanapun, wanita itu berkata ketika menyaksikan kejadian tersebut di depan mata, dia tidak masuk campur kerana enggan mengganggu perhimpunan yang sedang berlangsung.
Kat rumah aku on aircond 24 jam kau pandai-pandai sidai anak aku tengah panas. Risaunya dengan kes strok haba. Anak aku lambar bukan sengaja, lambat bersebab.”