“Kat Malaysia Ni Ada Je Tak Betul” – Michael Ang Ulas Isu Wanita Berniqab Pakai Solekan Mata

Hiburan

“Kat Malaysia Ni Ada Je Tak Betul” – Michael Ang Ulas Isu Wanita Berniqab Pakai Solekan Mata

Baru-baru ini seorang pendakwah bebas terkenal menegur wanita berniqab supaya tidak memakai mekap berlebihan di bahagian mata sehingga boleh menarik perhatian lelaki.

Perkara itu mendapat perhatian pengarah, Michael Ang yang memberikan pendapat menerusi akaun Instagram miliknya dengan menyatakan wanita berniqab sepatutnya dipuji dan didoakan supaya menjadi lebih baik.

Advertisement

Setahu I bila orang dah berhijab ke atau berniqab ke kita patut puji dan doakan baik-baik.”

Tambahnya lagi, netizen di Malaysia suka merungut tentang segala perkara sehingga kebaikan yang dibuat turut menjadi satu masalah.

Tapi kat Malaysia ni semua ada je yang tak betul sampai orang dah berniqab pun nak complain mata orang tu menggoda lah.”

Dalam pada itu, Michael Ang turut menyatakan ada sesetengah wanita memang dikurniakan Tuhan dengan sepasang mata yang cantik walaupun tidak bersolek.

Beralih ke ruangan komen, rata-rata warganet memberikan reaksi bercampur-baur tentang isu berkenaan di mana ada segelintir yang bersetuju dengan pendapat Michael dan ada segelintir yang menyokong teguran yang diberikan oleh pendakwah bebas tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah:

DSV michael ang
2 years ago

Dato Seri Vida Bawa Imej Baru Pakai Turban, Michael Ang 'Straight' Cakap - "Dah Macam Pondan!"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...