Kasut Nike Moon Shoe Tahun 1972 Pecah Rekod Dunia Dengan Bidaan RM1.8 Juta

Fesyen

Kasut Nike Moon Shoe Tahun 1972 Pecah Rekod Dunia Dengan Bidaan RM1.8 Juta

Sepasang kasut eksklusif Nike ‘Moon Shoe’ telah memecah rekod dunia untuk bidaan kasut dengan jumlah bidaan tertinggi iaitu $437,000 (RM1.8 juta) di New York. Harga permulaan bidaan adalah pada $80,000 (RM 329,480) kemudiannya telah dibeli oleh seorang pengumpul bernama Miles Nadal. Beliau bercadang untuk mempamerkan kasut tersebut di muzium peribadinya, Dare to Dream Automobile di Toronto.

Menariknya, kasut Nike ‘Moon Shoe’ yang dibelinya ini adalah satu-satunya kasut yang tidak pernah dipakai lagi daripada 12 pasang yang dihasilkan. 

Advertisement

Kasut Nike ‘Moon Shoe’ dihasilkan pada tahun 1972 oleh co-founder Nike dan jurulatih trek larian iaitu Bill Bowerman untuk atlet larian kejohanan Olimpik 1972. Jika dilihat pada rekaan tapaknya sangat unik kerana belum pernah dihasilkan dengan rekaan ini pada waktu itu.

Bowerman mendapat idea untuk rekaan tapak kasut itu setelah mencurahkan getah ke dalam pembuat waffle milik isterinya.

Selain kasut ini, Nadal juga memperolehi 99 pasang kasut lain yang tidak kurang hebat juga. Antara koleksi beliau adalah model Nike Air Mag ‘Back To The Future’, koleksi edisi khas dari Adidas dan Air Jordan serta koleksi Kanye West’s YEEZY.

Rekod dunia untuk bidaan kasut sebelum ini dijual pada harga $190,373 untuk kasut Converse yang dipakai oleh atlet terkenal Michael Jordan pada perlawanan akhir basketball di Olimpik 1984. 

Sumber: Hypebeast

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...