Kasut Jelly Buat Kaki Kanak-kanak Ini Berdarah Teruk

Trending

Kasut Jelly Buat Kaki Kanak-kanak Ini Berdarah Teruk

Seorang kanak-kanak perempuan dua tahun dikatakan tercedera di kaki dan buku lali setelah memakai sandal ‘jelly’ yang dibeli di laman web ‘Next’. Ibunya kini mendesak gedung pakaian itu untuk menarik semula jualan kasut tersebut untuk mengelakkan lebih ramai kanak-kanak lain menderita sakit atas sebab yang sama.

jellynextEsmé Connor menerima sepasang kasut jelly merah jambu saiz lima sebagai hadiah hari jadi, dan mengenakan kasut itu pagi Isnin lepas untuk dipakai di sekitar rumah. Tidak lama selepas itu dia mengadu sakit di kaki. Kata ibunya Lisa, pemilik perniagaan kecantikan di Blackpool:

Advertisement

Esmé berada dalam kesakitan yang amat. Saya rasa macam tak percaya kerana dia baru memakainya selama setengah jam.


Bukannya dia pakai berjam-jam pun. Dia cuma berjalan di sekitar rumah kemudian berlari kepada saya sambil menangis.

Buku lali dan tumit kakinya berdarah dengan banyak dan dia tak berhenti menangis. Memanglah kasut baru akan menyebabkan geseran, tetapi ini mengarut.

Ayahnya mengambil masa sejam untuk menenangkan dia. Ia merosakkan hujung minggu yang merupakan hari ulangtahun kelahirannya.

next_shoes-large_trans++g5ozdfdQpDHsa6AO6OAwnpt-6aBb2AYNgBXrD1k7b-YJurucakap Next berkata:

Kami sangat kesal dengan apa yang telah berlaku dan kami mengambil serius tentang perkara ini.

Kami telah meminta sepasang kasut ini dikembalikan, dan kami akan membuat pemeriksaan teliti akan kesahihan dakwaan ini kerana ini kali pertama kami menerima aduan sebegini.

Kasut itu masih boleh dibeli di laman web Next, dengan amaran tertulis: “sandal jelly santai yang comel untuk dipakai dalam tempoh sekejap sahaja.”

100006149_PIC_BY_LAURA_SHEPHERD-MERCURY_PRESS____PICTURED_LEFT_DAD_NIALL_CARTMELL_25_YEAR_OLD_CHEF_H-large_trans++rWYeUU_H0zBKyvljOo6zlpPHkRvugymKLtqq96r_VP8Lisa berkata:

Saya rasa jualan kasut ini patut dihentikan sebelum lebih ramai kanak-kanak tercedera. Anak saya tak dapat memakai apa-apa kasut sejak cedera memakai kasut ini.

Ia dibuat dari material ‘jelly’ jadi saya tak pasti apa sebab sebenar anak saya boleh terluka seperti ini. Luka paling teruk betul-betul di bawah buku lalinya,

Saya kecewa kerana saya merupakan pelanggan setia Next, tetapi saya rasa kasut ini langsung tak patut dijual.

Ibu bapa lain yang lihat gambar kaki anak saya beri mesej mereka juga pernah mengalami masalah sama. Saya harap tiada orang lain terkena seperti saya.

-amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...