Kasihan Pada Yang Gagal, Idris Khan Tak Setuju Amalan ‘Tabur Duit’ Kepada Pelajar Cemerlang SPM

Hiburan

Kasihan Pada Yang Gagal, Idris Khan Tak Setuju Amalan ‘Tabur Duit’ Kepada Pelajar Cemerlang SPM

Seolah-olah menjadi ikutan, ramai selebriti dan artis terkenal tampil menawarkan ganjaran berupa wang tunai kepada para pelajar yang telah mendapat keputusan memberansangkan dalam Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) baru-baru ini.

Namun, perkara tersebut tidak disenangi pelakon Idris Khan kerana dia merasakan ianya boleh menjejaskan emosi pelajar yang memperoleh keputusan gagal dan kurang memuaskan.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Idris Khan (@theidriskhan)

Perihal tersebut turut dikongsikan Idris menerusi hantaran Instagram Storynya di mana dia ada ditanyakan soalan oleh peminat dalam sesi ramah mesra bersama peminat.

“Saya sebenarnya tidak bersetuju dengan ganjaran berupa wang ringgit. Lain la kalau mereka umumkan sejak daripada awal kalau sesiapa dapat 5A ke atas contohnya, akan bagi hadiah. Tapi apabila dah dapat keputusan baru nak bagi, saya rasa benda itu tidak adil untuk pelajar.”

Ujar Idris lagi, ganjaran wang tunai tersebut boleh digantikan dengan peralatan pembelajaran yang lebih berfaedah untuk jangka masa panjang.

View this post on Instagram

A post shared by Idris Khan (@theidriskhan)

View this post on Instagram

A post shared by Idris Khan (@theidriskhan)

Tambah pelakon drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin ini lagi, kadang-kadang pelajar yang tidak cemerlang keputusan peperiksaan bukan kerana tidak bijak namun mungkin disebabkan oleh kekangan kemudahan untuk belajar dalam talian terutamanya dalam keadaan pandemik kini.

Advertisement

“Bila buat macam ini (bagi wang ganjaran) ia seolah-olah bias terhadap pelajar yang dapat result bagus sahaja dan beri mesej salah mengatakan SPM adalah segala-galanya..” ujarnya lagi.

Idris turut tampil memberi nasihat kepada para pelajar yang mendapat keputusan kurang memberangsangkan agar tidak putus asa dalam hidup dan sentiasa memperbaiki diri.

8 bulan lalu

"Simpan Untuk Diri Sendiri Cukup, Allah Tahu.." Idris Khan 'Sekolahkan' Netizen Suka Menunjuk-Nunjuk Buat Kebaikan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. xman

    June 23, 2021 at 9:47 am

    biarlah orang nak beri pada yang berjaya . kena tahu berapa banyak dia perah otak dan struggle nak jd pelajar cemerlang.
    kalau kamu rasa tak berbaloi . kamu bagilah habuan kepada pelajar yg tak cemerlang .pilihan masing masing dan duit masing-masing. dia nak bagi dia punya suka lah . jangan busuk hati pulak .

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...