“Kasihan, Mereka Juga Nak Cari Makan..” – Pernah Mengalami Sendiri, Zarina Zainuddin Harap Aliff Dan Ruhainies Tidak ‘Digam’

Hiburan

“Kasihan, Mereka Juga Nak Cari Makan..” – Pernah Mengalami Sendiri, Zarina Zainuddin Harap Aliff Dan Ruhainies Tidak ‘Digam’

Pelakon Zarina Zainuddin berkongsi pengalaman pernah digam daripada muncul di layar kaca stesen RTM dahulu. Katanya, ketika itu ia amat memberi kesan kepadanya yang mencari rezeki melalui berlakon. Kerana itu, dia meminta agar orang ramai tidak terus memboikot Aliff Aziz dan Ruhainies.

Sedih tiada yang beri berlakon

Menurut Zarina, sewaktu dirinya digam daripada berkarya, dia berasa sedih kerana tidak diberi job dan peluang untuk mencari rezeki melalui lakonan. Tambahan pula, bila sudah terbiasa shooting, pelakon ini amat terpukul apabila tiada yang memberikan dirinya berlakon.

Advertisement

Saya pernah kena gam selama dua tahun. Saya tiada job lakonan dengan RTM, tetapi itulah perjalanan hidup saya.

 

Memang sedih bila kena gam sebab berlakon adalah periuk nasi.

 

Tapi, saya muhasabah diri, saya turun naik RTM buat rayuan dan sebagainya. Lama jugalah barulah saya dapat kelonggaran kembali berlakon.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by As Hijab HQ (@as.hijabofficial)

Jangan ‘gam’ Aliff dan Ruhainies

Tambah Zarina, setelah dirinya mengalami sendiri pengalaman itu, dia menjadikan itu satu pengajaran buatnya dan berharap agar ia tidak berulang kembali kepada pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies yang sedang diboikot sekarang oleh rakyat Malaysia.

Seperti apa yang terjadi kepada Ruhainies dan Aliff Aziz, baru-baru ini, itu adalah pengajaran dan hikmah buat mereka.

 

Bagi saya, jangan gam mereka terus, kasihan. Mereka juga nak cari makan.

 

Kita tak tahu apa yang berlaku sebab tidak berada di tempat mereka. Tak boleh tuduh mereka lakukan perkara tak elok.

ruhainies aliff aziz

Terdahulu, penerbit A. Aida telah menyenarai hitam nama Ruhainies dan enggan bekerjasama dengan aktres itu akibat kontroversi ditangkap khalwat bersama aktor Aliff Aziz.

zarina
1 month ago

"Kenapa Dulu Dia Boleh Terima.." - Zarina Zainuddin Harap Bella Ubah Fikiran, Kembali Bersama Aliff Setelah Berpisah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...