“Kasih Sayang Seorang Ayah”, Lelaki Ini Sanggup Tolak Motorsikal Untuk Teman Anak Merentas Desa

Kehidupan

“Kasih Sayang Seorang Ayah”, Lelaki Ini Sanggup Tolak Motorsikal Untuk Teman Anak Merentas Desa

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah tiada tandingannya. Seorang ayah pastinya sanggup melakukan apa sahaja demi anak-anak tanpa mengenal erti penat lelah. Menerusi catatan seorang guru Fazly Hafiz Yahya di Facebook, pengorbanan ayah ini menarik perhatiannya.

 Definisi Kasihnya Seorang Ayah

Di hari-hari terakhir persiapan Kejohanan Merentas Desa SK Seberang Ramai, Kuala Perlis. Trek merentas desa ini bukanlah untuk murid tahap 1 namun demi mencabar diri, murid tahun 3 ini cuba sedaya upaya menghabiskan lariannya. Dia kelihatan yakin dengan keupayaannya. Melangkah setapak demi setapak.

Advertisement

Dalam menemani anaknya berlatih, ayah ini mengekori anaknya dari belakang dengan motorsikalnya sambil memberikan kata-kata semangat. Walaupun hanya untuk latihan, ayah ini gigih menemani anaknya untuk memastikan anaknya tidak berputus asa.

Dia pula ayah yang mengikut dari belakang dan tanpa ada rasa jemu memberi kata-kata semangat buat si anak. Tiba masa, demi memastikan anak tidak berputus asa, di hentikannya motor dan mula menuntun motornya seiring dgn larian anak.

Larian bersama yang di penuhi dengan rasa gembira demi menyelesaikan misi bersama iaitu melepasi garisan penamat. Ini larian yang nyata tidak ambil peduli perihal menang atau kalah. Hanya larian pengikat kasih antara seorang ayah dan anak.

Gambar yang dirakamkan oleh Fazly Hafiz Yahya atau lebih dikenali sebagai Sir Hafiz ini membuatkan ramai yang cukup tersentuh dengan sokongan yang diberikan Roslan Bakar kepada anaknya, Muhammad Ammar Wafiy.

Advertisement

Kasih sayang seorang ayah memang tiada tandingannya. Sebelum ini, seorang wanita dikejutkan dengan balasan mesej dari nombor telefon mendiang ayahnya. Untuk baca artikel penuh, klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: Selalu Hantar Mesej Pada Nombor Telefon Mendiang Ayah, Wanita Ini Terima Balasan Mesej Tak Disangka-Sangka

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...