Kasih Ayah Sepanjang Masa, Sanggup Botakkan Rambut Demi Anak Hidap Kanser

Kehidupan

Kasih Ayah Sepanjang Masa, Sanggup Botakkan Rambut Demi Anak Hidap Kanser

Kasih Ibu Membawa Ke Syurga, Kasih Ayah Sepanjang Masa”. Itulah perumpaan yang selalu kita dengar tentang pengorbanan ibu dan ayah kepada anak sejak kecil hingga dewasa.

Tentu sahaja semua ibu bapa sanggup melakukan apa saja demi anak tercinta. Sanggup berkorban nyawa, masa, tenaga dan wang dalam membesarkan anak tersayang.

Advertisement

Ada ibu bapa yang sanggup melakukan apa sahaja demi anak. Begitulah kisah seorang lelaki yang sanggup botakkan kepala demi menemani anak kesayangannya yang mengalami keguguran rambut akibat rawatan kemoterapi.

Menurut Harian Metro, Jeffri Senin, 39 memuat naik gambar bersama anak perempuannya Rayyana di Facebook dan menunjukkan komen orang ramai mengatakan kacak, walaupun botak kerana tidak mahu anaknya berusia sembilan tahun merasakan perubahannya itu satu kekurangan.

Jeffri berkata, anaknya telah menghidap penyakit Ewing Sarcoma, iaitu salah satu jenis kanser tulang yang jarang berlaku.

Beliau botakkan kepada kerana memberi sokongan kepada anaknya agar dia kuat dan ceria ketika bergelut dengan penyakit itu.

Bapa botakkan rambut

Saya mahu buktikan perubahannya itu tidak sedikitpun menggambarkan kekurangan, sebaliknya ia adalah perkara biasa.

Saya mahu Rayyana berfikiran positif. Saya akan memikirkan cara hiburkan hatinya yang bertarung nyawa dengan penyakit itu setiap hari.

Dengan menghiburkan anaknya, Rayyana tidak akan sedar yang dia menghidap penyakit berbahaya dan berharap cara itu dapat membantu anaknya pulih dengan cepat.

Rayyana kanser tulang

Rayyana perlu menjalani 14 kali rawatan kemoterapi iaitu tiga minggu sekali selama setahun.

Anaknya mengalami keguguran rambut disebabkan kesan sampingan daripada rawatan kemoterapi berkenaan. Dia disahkan menghidap kanser sejak Ogos lalu dan menjalani rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) serta Hospital Sultan Ismail (HSI).

Dia menegaskan bahawa dia tidak memerlukan bantuan wang ringgit, cuma cukup sekadar doa untuk anaknya agar cepat sembuh sahaja.

 

 

Begitulah kasih sayang seorang bapa kepada anak. Semoga Rayyana kuat melawan kanser dan semoga cepat sembuh!

 

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.