“Kasih Ibu Membawa Ke Syurga, Kasih Ayah Sepanjang Masa”. Itulah perumpaan yang selalu kita dengar tentang pengorbanan ibu dan ayah kepada anak sejak kecil hingga dewasa.
Tentu sahaja semua ibu bapa sanggup melakukan apa saja demi anak tercinta. Sanggup berkorban nyawa, masa, tenaga dan wang dalam membesarkan anak tersayang.
Ada ibu bapa yang sanggup melakukan apa sahaja demi anak. Begitulah kisah seorang lelaki yang sanggup botakkan kepala demi menemani anak kesayangannya yang mengalami keguguran rambut akibat rawatan kemoterapi.
Menurut Harian Metro, Jeffri Senin, 39 memuat naik gambar bersama anak perempuannya Rayyana di Facebook dan menunjukkan komen orang ramai mengatakan kacak, walaupun botak kerana tidak mahu anaknya berusia sembilan tahun merasakan perubahannya itu satu kekurangan.
Beliau botakkan kepada kerana memberi sokongan kepada anaknya agar dia kuat dan ceria ketika bergelut dengan penyakit itu.
Saya mahu buktikan perubahannya itu tidak sedikitpun menggambarkan kekurangan, sebaliknya ia adalah perkara biasa.
Saya mahu Rayyana berfikiran positif. Saya akan memikirkan cara hiburkan hatinya yang bertarung nyawa dengan penyakit itu setiap hari.
Dengan menghiburkan anaknya, Rayyana tidak akan sedar yang dia menghidap penyakit berbahaya dan berharap cara itu dapat membantu anaknya pulih dengan cepat.
Rayyana perlu menjalani 14 kali rawatan kemoterapi iaitu tiga minggu sekali selama setahun.
Anaknya mengalami keguguran rambut disebabkan kesan sampingan daripada rawatan kemoterapi berkenaan. Dia disahkan menghidap kanser sejak Ogos lalu dan menjalani rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) serta Hospital Sultan Ismail (HSI).
Dia menegaskan bahawa dia tidak memerlukan bantuan wang ringgit, cuma cukup sekadar doa untuk anaknya agar cepat sembuh sahaja.
Begitulah kasih sayang seorang bapa kepada anak. Semoga Rayyana kuat melawan kanser dan semoga cepat sembuh!