ESCAPE from the SEA merupakan salah satu program dari Japan Foundation’s Curatorial Development. Ia merupakan salah satu event yang mempamerkan hasil karya anak anak tempatan.
Pangrop Sulap merupakan satu kolektif dari Sabah yang mengerakkan seni ukiran kayu. Ditubuhkan pada 2013 oleh Rizo Leong, kolektif ini telah mempamerkan hasil seni mereka hampir ke seluruh Malaysia.
Menurut eksentrika.com salah satu karya mereka ‘Sabah tanah air-ku’ telah dipamerkan di ESCAPE from the SEA selama dua hari sebelum ia dibuang dari pameran. Disebabkan ada laporan yang dibuat mengatakan karya mereka terlalu sensitif.
Karya yang sebesar 8 x 12 kaki ini memaparkan isu semasa yang dihadapi di Sabah seperti rasuah, pembalakan haram serta project IC.
Untuk yang kurang arif tentang karya Pangrok Sulap, mereka akan mengukir art work mereka di atas cardboard sebelum ianya dicetak di atas kain. Bayangkan anda perlu mengukir lukisan tersebut seolah lukisan itu pada cermin. Kemudian ukiran pada kayu tersebut akan disapu dakwat dan ditampal pada permukaan kertas.
Kepada yang buat laporan ke jabatan perdana menteri dan TV3 tu. Ingatlah Orang dengan idea boleh dibunuh tetapi idea akan kekal selama lamanya.
Sumber eksentrika
Sumber Gambar: Ng Seksan