Rancangan kanak-kanak Upin Ipin terbitan Les Copaque sememangnya makin dikenali segala pelusuk umur dan jantina. Bukan kanak-kanak sahaja yang menikmati keletah dua beradik kembar ini, malah orang dewas juga tidak terkecuali.
Namun, jika diteliti, semakin banyak video yang memaparkan kartun animasi Upin Ipin ini yang telah diolah dan diedit dan kemudiannya dimuat naik ke Youtube misalnya.
Yang menjadi isu, video-video tersebut telah dijadikan video mengandungi bahan berunsur lucah dan pornografi yang sudah pastinya, tidak sesuai untuk tontonan bayi dan kanak-kanak.
Animasi Upin Ipin yang kini semakin popular di luar negara seperti Indonesia, Singapura dan India itu telah menjadi tumpuan penceramah motivasi terkenal, Akhi Fairuz Al-Jengkawi untuk mengulas dengan lebih lanjut mengenai isu ini.
Upin Ipin, Kak Ros dilucahkan, baik dlm bentuk video dan memes. Depa ni takdek life ke?
Bygkan kalau kita buat benda yg sama pd animasi Nusa & Rara. Agak2 apa yg depa akan kata pd kita?
Tp buat apa kita buat semua tu? Fokus pd value yg nak disampaikan dr animasi berkenaan. pic.twitter.com/ITYSqS0T5g
— Akhi Fairuz Al-Jengkawi (@akhifairuz_) July 2, 2020
Justeru itu, netizen yang juga memerhati dan cakna mengenai isu ini turut tampil memberi pendapat. Isu sabotaj secara melampau ini mungkin dapat menjejaskan kualiti animasi ini pada masa hadapan.
Walaupun sudah lama isu ini timbul, namun tiada pula tindakan daripada pihak Les Copaque itu sendiri. Oleh dengan itu, warga net turut menggesa pihak penerbitan kartun Upin Ipin ini untuk tampil membuat tindakan undang-undang terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab.