Kartel dadah El Chapo didakwa telah menyeksa, membunuh sebelum menggantung mayat yang dipercayai musuh di bawah jambatan. Menurut laporan The Sun, tiga mayat separuh telanjang dengan kepala tertutup dibiarkan tergantung di bandar Fresnillo, Mexico.
Pihak berkuasa Mexico mendakwa Sinaloa Cartel bertanggungjawab dengan pembunuhan ini setelah rakaman video menunjukkan mereka menyoal siasat salah seorang ahli kumpulan pesaing, Jalisco New Generation Cartel (JNGC).
Salah seorang mayat pembunuhan itu adalah kanak-kanak dibawah umur. Difahamkan, ia merupakan salah satu kempen berdarah oleh Sinoloa Cartel yang kini dipimpin oleh rakan kongsi dan anak-anak El Chapo untuk merebut kawasan perdagangan dadah utama di barat Nayarit.
A human head inside a backpack along with a narcomessage were left at Plaza Río, #Tijuana‘s most prominent shopping mall, located in what is considered to be the most guarded and safest area of the city.#CJNG #SinaloaCartel #Mexico #Narcostate pic.twitter.com/TPYKxZ72yB
— David Wolf (@DavidWolf777) June 18, 2021
Menurut akhbar, perang di antara kartel dadah bermula pada Oktober tahun lalu ketika ketua Sinaloa Cartel yang baru, Ismael “El Mayo” Zambada, mengancam untuk berperang dengan sesiapa sahaja demi untuk menjadikan wilayahnya sebagai pusat pemerintahan kartel dadah.
the Sinaloa cartel captures, interrogates, then hangs memeber of CJNG from a bridge pic.twitter.com/Xk6r2NyYsu
— Hans (@BurgerPilled) June 22, 2021
Mereka juga mengugut untuk memenggal kepala pihak berkuasa jika mereka cuba menghalang kegiatan dadah mereka. El Mayo mengambil alih kartel itu setelah El Chapo diekstradisi ke AS dan dipenjarakan tahun lalu. Perang dadah antara anak lelaki El Chapo dan JNGC telah menyaksikan hampir 250 orang dibunuh dalam masa sebulan.