Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Karnival Kampus Astro 2011 Kembali Lagi!

Kuala Lumpur, 1 Disember 2011 – Karnival Kampus Astro mengajak anda semua untuk datang beramai-ramai pada hujung minggu ini, Sabtu (10 Disember) dan Ahad (11 Disember) dari jam 9 pagi hingga 5 petang di Pusat Sains Negara, Bukit Kiara yang dibuka untuk orang ramai secara percuma!

kampus astro

Advertisement

Kanak-kanak berpeluang untuk menikmati pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik dan hebat yang bercorakkan pendidikan daripada saluran-saluran TV kegemaran anda seperti Disney Channel, Animal Planet, Discovery & Discovery Science channel, History Channel, National Geographic Channel, Astro Tutor TV, Astro Ceria, Astro Xia Tai Yang dan Astro TVIQ.

Kanak-kanak (berumur 18 tahun ke bawah) juga akan diberikan sebuah buku paspot khas Karnival Kampus Astro. Buku paspot ini memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengumpul pelekat-pelekat khas daripada saluran-saluran TV di Karnival Kampus Astro yang terlibat untuk mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti seperti lukisan muka, cenderahati lilin tangan dan juga untuk mendapatkan makanan popcorn. Kanak-kanak juga boleh mencuba pelbagai aktiviti menarik yang lain seperti permainan kuiz, menyelesaikan teka-teki dan banyak lagi untuk memenangi pelbagai hadiah eksklusif.

kampus astro

Selain itu, sempena pelancaran musim kedua rancangan Sains Comot di Astro TVIQ, kanak-kanak juga berpeluang untuk berjumpa dan berinteraksi dengan Prof Comot (Keroz Nazri) di Karnival Kampus Astro pada Disember 10 (Sabtu) jam 11.30 pagi – 12 tengahari, 2.30 petang – 3 petang dan Disember 11 (Ahad) jam 2 petang -2.30 petang.

Advertisement

kampus astro

Jangan lupa untuk menonton musim terbaru rancangan Sains Comot di Astro TVIQ yang akan memaparkan pelbagai eksperimen sains menarik seperti melantun telur, susu yang bertukar warna, deodoran buatan sendiri dan banyak lagi. Rancangan Bahasa Malaysia No.1 di TVIQ, Sains Comot musim kedua akan disiarkan pada setiap hari Sabtu, jam 2.30 petang, bermula 10 Disember di Astro TVIQ (saluran 610).

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top