Karisma Kapoor Sombong – Farhan

Hiburan

Karisma Kapoor Sombong – Farhan

Wah. Menarik juga informasi yang diberikan oleh Farhan ini. Mana tidaknya, selama ini kita jarang mengetahui mengenai sikap sebenar bintang-bintang Bollywood. Selalu tengok dalam filem sahaja. Ketika menghadiri satu majlis perasmian  enama barang kemas di pusat membeli-belah Starhill Gallery, Bukit Bintang baru-baru ini, Farhan menyaksikan sendiri kesombongan Karisma Kapoor ketika majlis berlangsung.

karisma kapoor

Advertisement

Agak terkejut juga Abang Nara membaca kata-kata Farhan mengenai tingkah laku Karisma Kapoor sepanjang perjalanan majlis tersebut. Iyerlah, kehadiran Karisma pastinya dibayar dan pihak penganjur tentu mahukan bintang Bollywood itu beramah mesra dengan para hadirin yang hadiri. Sayangnya itu tidak menjadi kenyataan. Kata Farhan:-

Adatlah kalau bintang luar diagung-agungkan di negara kita. Sedangkan mereka seperti memijak kepala kita saja. Tapi dia masih mampu tersenyum di depan tetamu dan melayan permintaan untuk bergambar.

Cuma satu yang saya perhatikan dia memang tak bersalam dengan orang di acara itu. Benar kalau dia dianggap Tuhan di negaranya sendiri tetapi di negara kita dia tidak dianggap sebegitu. Dia datang ke sini pun semestinya dibayar.

Pada satu tahap saya tengok dia sendiri menolak untuk bergambar dengan tetamu. Malah hingga bercakap atau menyahut percakapan orang pun seperti tak kuasa lagaknya. Negara kita murah dengan adab dan senyuman, jangan fikir kita nak puja dia seperti di negaranya

karisma kapoor

Hmmmmm. Mungkin Karisma Kapoor masih kepenatan mengharungi perjalanan naik kapal terbang untuk tiba di Malaysia? Siapa tahu kan? Atau mungkin Karisma Kapoor kurang memahami apa yang ditanya kepada dirinya. Nasib baiklah Farhan dapat juga bergambar dengan bintang pujaan ramai ini. Bolehlah simpan buat kenangan. Apa pendapat anda? Memang bintang luar negara banyak yang sombong ke? Atau kadang-kadang kita oversensitive? Sumber Berita Harian.
telekungP.S: Jom dapatkan koleksi TELEKUNG TRAVEL SEJADAH terbaru keluaran Gudang. MY! Keistimewaan telekung ini ialah begnya yang unik. Beg boleh simpan telekung dan beg bila dibuka menjadi SEJADAH! Harga pun sangat berpatutan, RM49 free postage! Harga promosi hingga 30 November 2014 : 3pcs RM129 free postage! 5pcs RM199 free postage! Beli sekarang di Facebook Gudang.MY atau telefon/SMS/Whatsapp ke +60192361986

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...