Kapsyen Lucu Datuk Lee Chong Wei Mengenai Persaraan Lin Dan Menghiburkan Netizen

Trending

Kapsyen Lucu Datuk Lee Chong Wei Mengenai Persaraan Lin Dan Menghiburkan Netizen

Arena sukan badminton dikejutkan dengan berita persaraan pemain badminton China, Lin Dan yang merupakan pesaing terhebat jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei. Sempena persaraan teman baiknya itu, Datuk Lee Chong Wei turut memuatnaik ucapan istimewa buat Lin Dan di Instagramnya.

Di dalam ucapan istimewa itu, Datuk Lee Chong Wei mengenang kembali perjalanan mereka berdua yang bermula semasa remaja lagi. Difahamkan, Lin Dan telah melibatkan diri dalam sukan ini selama hampir 20 tahun lagi bersama-sama Datuk Lee Chong Wei.

Advertisement

“From no bulu, sampai berbulu, until tanggal bulu.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Datuk Wira Lee Chong Wei (@leechongweiofficial) on

Kapsyen bersahaja daripada beliau membuatkan rata-rata netizen terhibur dengan sikap bersahaja yang ditunjukkan figura terkenal ini. Walaupun kedua-dua mereka dianggap sebagai musuh di gelanggang tetapi hakikatnya Datuk Lee Chong Wei dan Lin Dan merupakan kawan baik sejak muda lagi.

lee chong wei

lee chong wei

Datuk Lee Chong Wei turut memberitahu setiap atlet pasti akan merasai detik persaraan. Tambahnya lagi, ianya merupakan saat yang sangat berat buat mereka. Beliau turut berkongsi beberapa foto ‘throwback’ bersama pemain handalan dari negara China itu.

“Kami tahu hari ini akan tiba. Momen berat dalam hidup kita. Anda melabuhkan tirai dengan bergayanya. Anda adalah raja di mana kami berperang dengan begitu bangga. Dalam tangisan air mata yang senyap.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Datuk Wira Lee Chong Wei (@leechongweiofficial) on

Perlawanan di antara dua jaguh badminton dunia ini pastinya tidak dapat dilupakan oleh rakyat Malaysia. Setiap kali mereka bertemu di gelanggang badminton, ianya pasti akan mempamerkan persembahan hebat yang membuatkan ramai tidak senang duduk melihatnya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...