Kapal Terbang Indonesia Dijadual Terbangkan Bekas Perdana Menteri Dan Isteri

Trending

Kapal Terbang Indonesia Dijadual Terbangkan Bekas Perdana Menteri Dan Isteri

Satu laporan Astro Awani mendedahkan bahawa satu jet peribadi akan tiba di Malaysia jam enam pagi esok (12 Mei) dan penumpang yang bakal menaikinya ialah bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Jet peribadi itu disewa dari Indonesia dan dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Skypark Subang di Petaling Jaya, Selangor, mengikut maklumat sumber.

Advertisement

Ia dikatakan akan berlepas ke Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma di Indonesia pada jam 10.00 pagi hari yang sama.

Tidak ada maklumat lanjut mengenai perkara ini yang diberitahu Astro Awani, hanya pihak mereka sedang meneliti info ini dengan lebih mendalam. – amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...