Satu laporan Astro Awani mendedahkan bahawa satu jet peribadi akan tiba di Malaysia jam enam pagi esok (12 Mei) dan penumpang yang bakal menaikinya ialah bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
Jet peribadi itu disewa dari Indonesia dan dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Skypark Subang di Petaling Jaya, Selangor, mengikut maklumat sumber.
Ia dikatakan akan berlepas ke Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma di Indonesia pada jam 10.00 pagi hari yang sama.
Tidak ada maklumat lanjut mengenai perkara ini yang diberitahu Astro Awani, hanya pihak mereka sedang meneliti info ini dengan lebih mendalam. – amazingnara.com