Kini, keadaan di Emiriyah Arab Bersatu semakin hari semakin teruk akibat hujan lebat yang melanda di negara tersebut tanpa henti hingga mengakibatkan berlakunya banjir kilat.
Lapangan terbang nampak macam laut
Susulan hujan yang tidak berhenti, lapangan terbang yang terletak di Dubai turut berlakunya banjir teruk hinggakan kawasan lapangan terbang disanaa kelihatan seperti laut lepas.
Like how does an entire international airport get flooded lol pic.twitter.com/CCY2O7Evkm
— Peppermint Goat (@ShuckMyBhauls) April 17, 2024
Disebakan kelihatan seperti laut lepas, kapal terbang yang ada di lapangan tersebut turut kelihatan seperti bot-bot yang sedang terapung di atas air.
Lapangan terbang ‘lumpuh’
Susulan berlakunya banjir kilat, lapangan terbang di Dubai turut digantung selama 25 minit.
Dubai yang merupakan pusat kewangan Asia Barat, lumpuh disebabkan hujan terlalu lebat hingga mencetuskan banjir di serata UAE dan Bahrain.
Manakala 18 orang terkorban di Oman pada Ahad lalu serta kelmarin.