Kapal Mewah Equanimity: Fakta Yang Anda Perlu Tahu

Trending

Kapal Mewah Equanimity: Fakta Yang Anda Perlu Tahu

Semalam, kapal mewah yang sebelum ini dikaitkan dengan skandal 1 Malaysia Develompment Berhad (1MDB), telah sampai dan berlabuh di Pelabuhan Klang.

Sumber: Utusan

Kapal misteri yang menjadi tanda tanya ramai ini dipercayai dimiliki oleh ahli perniagaan dari Pulau Pinang, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low dan menurut Ketua Polis Negara, pihak bertanggungjawab telah mengesahkan yang kapal mewah tersebut tiada kaitan dengan 1MDB.

Advertisement

Kerajaan telah membuat keputusan untuk memulakan siasatan untuk menentukan pemilikan kapal tersebut dan proses tersebut dijangka mengambil masa selama enam hingga sembilan bulan.

Sumber: Oh Sempoi

Kronologi Rampasan Kapal Mewah Equanimity

Sumber: Awani

1 Mac 2018

Equanimity di rampas di Bali

6 Mac 2018

Polis Di Raja Malaysia (PDRM) sahkan tidak menerima sebarang panggilan daripad Biro Siasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI)

7 Mac 2018

Kapal Equanimity di dakwa milik Jho Low tiada kaitan dengan siasatan 1MDB

30 Mac 2018

Pemilik kapal tekad berusaha melindungi asetnya

4 Ogos

Indonesia setuju serah equanimity kembali kepada Malaysia

6 Ogos 2018

Equanimity belayar dari Indonesia ke Malaysia

7 Ogos 2018

Kapal mewah itu tiba di terminal Boustead Cruise Center, Pelabuhan Klang pada pukul 12.25 tengah hari.

Fakta Mengenai Kapal Mewah Equanimity

Pembinaan

Dibina oleh syarikat Oceano dengan kos pembinaan berjumlah lebih kurang RM 1 Billion atau 250 juta us dollar. Mula dibina pada tahun 2013, kapal ini diperkenalkan buat pertama kali nya pada tahun 2014 ketika acara Monaco Yatch Show. Semua orang sangat terpegun dengan saiz nya yang besar dan gah itu.

Spesifikasi

Sumber: Nona

Saiz kapal ini ialah 91.5 meter atau 300 kaki panjang dan merupakan sebuah kapal binaan khas (custom-made). Binaan dalaman kapal di lakukan oleh Andrew Winch. Turut dilaporkan ialah hiasan dalaman kapal mewah ini bertemakan kayu, buluh dan sebahagian kawasan disaduri emas.

Antara kemudahan yang ada di dalam Equanimity ini ialah:

  • Jakuzi
  • Sauna
  • Kolam renang
  • Ruang Rehat
  • Pusat kecantikan seperti salon, sauna dan spa
  • Gym
  • Panggung Wayang Mini
  • Lif

Kapasiti kapal ini boleh memuatkan seramai 54 penumpang termasuk anak kapal. Kelajuannya boleh mencecah sehingga 25 knot atau 36 km setiap jam.

Equanimity akan disita dan simpan mengikut undang-undang Attorney General dan di katakan kos penyelenggaraannya menelan belanja sebanyak RM 3 Juta sebulan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...