Kapal Mewah Equanimity Cuba Dijual Dengan Harga RM531 Juta, Setengah Daripada Harga Pembelian

Trending

Kapal Mewah Equanimity Cuba Dijual Dengan Harga RM531 Juta, Setengah Daripada Harga Pembelian

Kapal mewah paling kontroversi, Equanimity yang pernah menjadi milik ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low kini cuba dijual dengan harga RM531 juta iaitu sekitar setengah harga pembeliannya. Kapal mewah itu dirampas pada Februari tahun lepas di pesisir pantai Bali oleh pihak berkuasa Indonesia, bekerjasama dengan Biro Penyiasatan Federal Amerika Syarikat.

kapal1

Advertisement

Indonesia kemudiannya menyerahkan kapal itu ke Malaysia selepas pentadbiran baru PH mengambil alih kuasa pada Mei 2018.

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dituduh bersubahat dengan konspirator utama, termasuk Jho Low, untuk melesapkan berbilion dolar daripada syarikat pelaburan milik negara, 1MDB. Bagaimanapun, kedua-duanya telah menafikan sebarang salah laku.

Kapal yang mempunyai pelbagai kemudahan termasuk gimnasium, kolam renang, galeri, salon kecantikan dan helipad serta bilik tidur untuk 22 orang tetamu kini dijual sekitar setengah harga pembeliannya.

kapal2

Namun bukan satu tugas mudah untuk mendapatkan pembelinya. Kapal mewah tersebut terpaksa dijual untuk mendapatkan semula dana 1MDB.

Menurut pakar kapal layar Burgess iaitu broker tunggal untuk jualan, terdapat beberapa kapal yang sama dengan saiz yang ada sekarang.

kapal4

Namun usaha awal untuk menjual kapal itu pada sesi lelongan November 2018 yang lalu, gagal mendapatkan pembeli. Ada sesetengah pembeli yang berpontensi namun malangnya mereka tidak bersedia untuk pergi ke Pulau Langkawi di mana Equanimity berlabuh.

Menurut Burgess lagi, sebanyak 20 pembeli menyatakan minat untuk membeli kapal itu dan ada yang datang dari Timur Tengah, Rusia dan bahagian-bahagian lain di Asia.

kapal3

Kerajaan Malaysia kini membelanjakan sebanyak AS $500,000 (lebih daripada RM2 juta) sebulan untuk mengekalkan kapal tersebut.

Sumber: The Star online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...