Kapal Isr*el Menghampiri & Bersiap Sedia Untuk Pintas Kapal GSF – “Mereka Akan Pindahkan Aktivis Ke Kapal Perang Besar”

Berita

Kapal Isr*el Menghampiri & Bersiap Sedia Untuk Pintas Kapal GSF – “Mereka Akan Pindahkan Aktivis Ke Kapal Perang Besar”

Lebih 50 kapal Global Sumud Flotilla (GSF) telah memasuki julat pemintasan Israeli iaitu kira-kira 241.40 kilometer dari Gaza, lapor Kosmo.

Memetik laporan asal, Israel dikhabarkan sedang bersiap sedia untuk memintas kapal-kapal GSF yang kini menghampiri perairan Semenanjung Gaza dengan berbaki kira-kira 150 batu nautika.

Advertisement

“Tentera Laut Israel meneruskan persiapan untuk merampas kapal-kapal itu,” lapor penyiar awam Israel.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Farah Lee (@farahlee_)

Bukan itu sahaja, tentera Rejim Zionis juga memberitahu akan memindahkan aktivis ke kapal perang besar dan menunda kapal-kapal GSF ke Pelabuhan Ashdod di selatan Israel, dengan sebahagian daripada jumlah itu berkemungkinan akan tenggelam semasa operasi.

Penyiar awam berkenaan turut menekankan bahawa kepimpinan politik Israel telah mengarahkan tentera mereka untuk tidak membenarkan flotila memasuki Gaza dalam apa jua keadaan.

Zizi Kirana Sumud Flotilla

 

Zizi Kirana dah end live

Sementara itu, menerusi siaran langsung satu jam yang lalu, Zizi Kirana memaklumkan terdapat bot yang tidak dikenal pasti sedang menuju ke arah bot mereka.

Menerusi hantaran lain, bot tersebut yang dimatikan lampu sedang mengelilingi kapal GSF dan video tersebut memaparkan keadaan di dalam salah sebuat kapal di mana beberapa aktivis sedang bersiap siaga atas segala kemungkinan.

Zizi Kirana end live

 

View on Threads

 

nadzmi adhwa
2025-09-24 15:04:24

Dipersoal Tak Ikut Ardell Ke GSF, Nadzmi Adhwa 'Naik Angin' - "Ada Hantar Nama Tapi Tak Terpilih"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...