Kapal Dinaiki Sukarelawan Malaysia Misi GSF Didatangi 15 Dron, Berlaku Letupan – “Kami Tidak Akan Patah Balik!”

Berita

Kapal Dinaiki Sukarelawan Malaysia Misi GSF Didatangi 15 Dron, Berlaku Letupan – “Kami Tidak Akan Patah Balik!”

Terbaharu melalui laporan Sinar Harian, kapal Alma yang membawa sukarelawan Malaysia dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) dilaporkan dikelilingi 15 buah dron misteri, dipercayai cuba menakut-nakutkan pasukan konvoi tersebut.

Kapal dinaiki sukarelawan Malaysia didatangi dron

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh salah seorang sukarelawan, Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman, pengasas Cinta Salam Malaysia (CSM) melalui hantaran Facebook pada pagi Rabu.

Advertisement

Terkini! Mereka datang lagi. Kali ini dengan 15 buah dron di sekitar Alma. Setakat ini yang kami perasan dron akan tutup lampu sebelum lepaskan letupan.

Facebook musa nuwayri

Ahmad Musa turut mendedahkan bahawa beberapa letupan berjaya dirakam dari atas kapal, namun ia dipercayai hanya sebagai taktik menakut-nakutkan, bukan serangan terus.

Tiada kecederaan, rakyat Malaysia selamat

Walaupun situasi agak menakutkan, beliau memaklumkan bahawa semua anak kapal berada dalam keadaan selamat dan meminta rakyat Malaysia supaya terus mendoakan keselamatan mereka.

Tiada kecederaan setakat ini. Teruskan berdoa!

Untuk info, seramai 15 rakyat Malaysia menyertai pelayaran GSF yang bermula pada 31 Ogos lalu dari Pelabuhan Barcelona, Sepanyol.

Misi besar-besaran ini menghimpunkan lebih 50 bot dari 44 negara membawa bantuan kemanusiaan seperti makanan dan ubat-ubatan ke Gaza yang kini sedang bergolak.

zizi kirana dan malique
2025-09-23 16:25:08

"Mr General Ikut Sekali?" - 'Posting' Kolaborasi Bersama Zizi Kirana Curi Perhatian, Malique Ikut Misi Kemanusiaan Global Sumud Flotilla?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...