Jika anda masih ingat pada tahun 2004 telah berlakunya satu tsunami besar di Acheh, Indonesia yang mengorbankan lebih 230,000 nyawa. Bukan sahaja penduduk tempatan malah pelancong juga turut sama terkorban.
Tsunami besar ini telah menghancurkan kawasan sekitar dan menjadikannya seperi padang jarak padang terkukur. Sehingga kini masih ada lagi kesan peninggalan akibat kejadian yang berlaku.
Seorang pengguna Facebook, Yamin Ismail berkongsikan bagaimana keadaan di beberapa lokasi yang menjadi mangsa tsunami tersebut.
Masjid Raya Baiturrahman
Semasa tragedi tsunami 26 Disember 2004, masjid ini kekal teguh berdiri ketika mana bangunan di sekitarnya runtuh menyembah bumi. Ia turut menjadi benteng perlindungan orang Aceh selain tempat evakuasi mangsa yang terselamat.
Muzium Tsunami Aceh
Direka oleh arkitek anak jati Aceh, muzium yang menggabungkan seni Islam dan budaya masyarakat Aceh itu menggambarkan seolah-olah gelombang tsunami dan kapal penyelamat pada binaannya. Di satu ruang penuh dengan nama mangsa yang terkorban dalam tragedi yang meruntun jiwa.
Kapal PLTD Apung
Ajaib tetapi benar. Itulah tatkala kali pertama anda melihat kapal janakuasa elektrik milik syarikat janakuasa tempatan PLN yang dikenali PLTD Apung. Akibat gelombang tsunami besar, kapal ini terseret hingga lima kilometer ke tengah Banda Aceh.
Kapal di atas rumah
Perkuburan besar mangsa tsunami
Memang sedih berada di sini. Disini disediakan surah Yasin jika anda dapat meluangkan masa. Jangan lupa berdoa dan sedekahkan al-fatihah apabila datang ke sini.
Masjid Rahmatullah, Lampuuk
Demikianlah, 6 ikon pelancongan tsunami yang anda tidak akan ketemui di tempat lain. Sesungguhnya lawatan ke Aceh ini penuh dengan keinsafan.
Sumber: Yamin Ismail