Kantoi Pakai Gambar Palsu, Doktor ‘Scam’ Sanggup Reka Cerita Sedih Anak & Isteri Meninggal Demi ‘Content’

Kehidupan

Kantoi Pakai Gambar Palsu, Doktor ‘Scam’ Sanggup Reka Cerita Sedih Anak & Isteri Meninggal Demi ‘Content’

Sebelum ini, tular mengenai kisah seorang doktor dikenali sebagai Iqbal Hamdi yang berkongsi kehidupan peribadinya termasuk pemergian anak dan isteri telah mendapat perhatian orang ramai.

Namun, seorang pengguna Facebook bernama Syahr Musafir yang juga merupakan bekas pekerja di Hospital Royal Adelaide di mana tempat Iqbal mendakwa dia bekerja telah membongkarkan perbuatan sebenar lelaki berkenaan.

Advertisement

Menerusi hantaran tersebut, Syahr mula mencari maklumat tentang Iqbal dengan mencari gambar yang digunakannya di aplikasi Google Lens.

Apa yang mengejutkan, gambar yang digunakan merupakan gambar dimiliki oleh seorang warga Indonesia yang bekerja sebagai jururawat di Los Angeles bernama Hengky Lim.

Kalau pun “Dr Iqbal Hamdi” itu benar dan wujud, nampaknya dia guna gambar palsu.

Bukan itu sahaja, hasil carian gambar anak yang didakwa meninggal dunia itu juga hanyalah gambar kanak-kanak dari laman web Pixabay.com.

Kalaupun kisah “arwah isteri dan arwah anak lelaki” itu benar, nampaknya gambar anak-anak yang dipaparkan itu adalah palsu. Bukan gambar arwah yang disimpatikan oleh ribuan orang.

Dalam pada itu, Syahr berharap individu disebalik imej ‘Doktor Iqbal’ menceritakan kisah sebenar tanpa perlu berselindung di sebalik gambar-gambar palsu.

Malah, dia juga memohon agar orang ramai tidak terlalu mudah terpedaya dan ditipu dengan kisah-kisah yang dimuat naik di media sosial.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

12 months ago

"Layan Suami Macam Pelac*r" - Wanita Sebar Fahaman Menyimpang Syarak Islam Diburu JAKIM

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...