Sebagai orang dewasa, memang kita perlu melindungi kanak-kanak daripada perkara-perkara buruk atau terus menjadi mangsa namun kisah ini membuktikan bahawa tidak semua budak ‘innocent’.
Menerusi Threads, seorang wanita berkongsi pengalamannya sebelum ini berdepan dengan kes kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun dan kakaknya, berusia 14 tahun.
Buat aduan dirogol bapa saudara
Katanya, dua beradik tersebut telah datang ke Jabatan Kebajikan Masyarakat dan membuat aduan bahawa mereka telah dirogol berkali-kali oleh bapa saudara.
Jadi kes polis tau. Pastu makcik dia datang mengamuk-ngamuk cakap budak-budak ni fitnah suami dia. Even bawa pergi buat medical check up memang ada sign kena sexual assault. Pergi kaunseling. Pergi balai sana, pergi jumpa psychiatric.
Sengaja fitnah sebab…
Tambahnya kes itu tidak selesai selepas dua tahun lamanya dan akhirnya kebenaran terungkai selepas kanak-kanak berusia 13 tahun itu bercakap jujur.
Rupa-rupanya, bapa saudara mereka betul-betul tidak bersalah dan dua beradik tersebut hanya mereka cerita kerana enggan dilaporkan kepada pihak polis.
Awak tahu tak sebenarnya…pakcik I tak rogol kitorang pun macam kakak I cakap. Kakak I kantoi curi gelang makcik I, so sebab nak selamatkan diri kakak pergi buat report sebelum uncle report kitorang.
Dah pernah gugurkan kandungan
Tergamam dengan pengakuan si adik, wanita ini bertanya lanjut apa tujuan kakaknya mencuri gelang daripada ibu saudaranya dan ternyata untuk tujuan berparti dengan rakan-rakan.
Awak tau tak PP tu apa? Berapa umur awak? PP tu private party tempat orang fun fun. Have sex tukar-tukar lelaki.
Selepas berbual panjang, wanita itu juga terkejut apabila mendapat tahu bahawa si kakak itu juga pernah melakukan prosedur menggugurkan kandungan.
Difahamkan dua beradik ini diabaikan ibu bapa dan sebelum terjadi kejadian fitnah itu, mereka dijaga oleh ibu dan bapa saudaranya itu kerana enggan mereka hidup merempat.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.