Kantoi Jumpa Kamera Skodeng Dalam Tandas Kedai Mamak

Trending

Kantoi Jumpa Kamera Skodeng Dalam Tandas Kedai Mamak

Seorang pengguna Facebook telah berkongsi satu video yang menunjukkan ada satu kamera tersembunyi berbentuk sama seperti penyangkut, dijumpai di dalam tandas salah sebuah restoran mamak yang terletak di Jalan Ipoh Kuala Lumpur.

Pengguna yang dikenali sebagai Khairuldin dan kawannya membongkar tentang kamera tersembunyi itu selepas mereka nampak seperti ada yang pelik dengan penyangkut yang dipasang dibelakang pintu bilik air itu.

Advertisement

Apa yang aneh tentang penyangkut ini ialah, ia bukannya diletakkan lebih tinggi seperti mana penyangkut biasa diletakkan , tetapi dipasang hanya di atas paras pinggang.

Untuk membuktikan bahawa penyangkut itu sememangnya kamera, Khairul dan kawannya, mengeluarkan kad memori kamera itu malah mereka juga menunjukkan ada charging port pada penyangkut berkenaan.

Khairuldin berkata, salah seorang kawannya tahu itu ialah satu kamera tersembunyi kerana dia pernah melihat satu yang serupa seperti itu sebelum ini.

Tetapi Khairuldin hanya berlalu pergi dan tidak menunjukkan kamera itu kepada para pekerja atau pemilik restoran itu kerana yakin yang tiada siapa akan mengaku kamera itu milik mereka. Dia juga tidak melaporkan kepada pihak polis kerana tidak mahu apa-apa yang buruk berlaku.

Untuk pengetahuan anda, kamera ini sudah lama berada di pasaran dan biasanya diletakkan di ruang tamu atau mana-mana kawasan di dalam rumah untuk menjaga keselamatan dan berfungsi sebagai CCTV untuk rumah anda. Ini bagaimana kamera penyangkut tersebut berfungsi:

Sumber: Sociview

Sekarang ni, walau di mana anda berada sekali pun, belum tentu boleh menjamin keselamatan dan privasi kan?Dia juga menulis dalam status itu agar semua orang terutamanya kaum hawa lebih berhati-hati.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...