Kantoi Jual MC RM10 Kepada ‘Pesakit’, Klinik Di Johor Diarah Tutup Serta Merta

Trending

Kantoi Jual MC RM10 Kepada ‘Pesakit’, Klinik Di Johor Diarah Tutup Serta Merta

Sebuah klinik di Johor telah diarahkan untuk tutup serta merta selepas didapati melakukan kesalahan menjual MC pada harga RM10 atau RM20.  Difahamkan setiap pagi klinik tersebut dikunjungi oleh ramai “pesakit” untuk mendapatkan sijil cuti sakit secara haram. Harga penjualan adalah berdasarkan jumlah hari yang dikehendaki oleh “pesakit”.  Klinik berkenaan turut dikesan menjual ubat lapuk yang tamat tempoh selain premis didapati kotor.
klinik
Tiga kesalahan besar itu cukup membuatkan klinik itu diarah tutup serta-merta semalam selepas notis tunjuk sebab dan notis perintah penutupan premis dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada pengendali klinik berkenaan. Klinik yang beroperasi dengan seorang doktor dan dua pembantu sejak 1975 itu diberi tempoh 21 hari berkuat kuasa semalam untuk menghentikan operasi selain menambah baik dan mematuhi arahan KKM.

Kegiatan itu didedahkan majikan yang sering menerima MC dikeluarkan doktor klinik berkenaan selain risikan JKNJ. Ketika pemeriksaan, keadaan klinik itu kotor dan tidak terurus. Tandas klinik kotor dan tidak mempunyai sumber air, kurang bekalan elektrik, pengurusan ubat tidak teratur selain kelengkapan perubatan yang usang. Selain meja doktor yang bersepah, ubat-ubatan juga tamat tempoh serta jarum suntikan yang sudah digunakan tidak dibuang dengan betul.
klinik
Antara kesalahan lain adalah tidak mempamerkan salinan perakuan pendaftaran klinik perubatan swasta, gagal mematuhi keselamatan dan kualiti penjagaan pesakit, mengeluarkan MC secara berleluasa dan tidak mempamerkan carta organisasi.

Advertisement

Pengendali klinik juga tidak menyimpan atau menyenggara daftar kehadiran, rujukan dan kematian pesakit termasuk rekod kesihatan pesakit, tidak menyediakan peralatan kecemasan asas dan gagal mematuhi cara pelupusan ubat luput.
klinik
Semua kesalahan itu melanggar Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586) dan Peraturan-Peraturan Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (Klinik Perubatan Swasta atau Klinik Pergigian Swasta) 2006. Sumber Berita Harian.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...