Seorang wanita mendedahkan bahawa dia telah digantung tak bertali oleh suaminya yang merupakan calon di Dewan Undangan Negeri untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) di Terengganu.
Kata Ezza Suria Muda, 38, telah muncul desas desus mengatakan dirinya telah diceraikan namun sehingga kini tuan empunya badan tidak menerima sebarang dokumen perceraian itu.
Suaminya berusia lewat 40-an dan merupakan penyandang kerusi DUN itu didakwa mendiamkan diri selepas kantoi merahsiakan perkahwinan mereka di negara jiran.
Rahsia itu diketahui isteri pertama lelaki terbabit pada Oktober tahun lalu dan sehingga kini Ezza tidak mengetahui statusnya kerana sering mengelak apabila diajak untuk berbincang.
Selepas kantoi, dia (suami) berjanji memujuk isteri pertamanya untuk menyelesaikan perkara berkenaan dengan cara baik, namun sebaliknya pula yang berlaku.”
Dakwanya, mereka berkahwin di Thailand pada Mac 2022 dan kali terakhir mereka berhubung adalah pada April lepas di Whatsapp di mana ketika itu suaminya memintanya untuk bersabar.
Ezza bagaimanapun menafikan bahawa pendedahan ini adalah untuk menjatuhkan karier ahli politik tersebut tetapi kerana sudah lama berusaha dan tiada penyelesaian.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.