“Kantoi” Curi Buah, Lelaki Ini Tak Sangka Ditawarkan Kerja Oleh Pihak Tesco. Syabas Tesco!

Trending

“Kantoi” Curi Buah, Lelaki Ini Tak Sangka Ditawarkan Kerja Oleh Pihak Tesco. Syabas Tesco!

zz

Seorang penganggur yang ditahan oleh pengawal keselamatan kerana mencuri buah-buahan dan minuman dalam tin di Pasaraya Tesco Bukit Mertajam baru-baru ini nampaknya telah mendapat berita yang sungguh tidak disangka.
Ini kerana, pihak Tesco Bukit Mertajam mengambil keputusan yang sungguh terpuji apabila dikatakan telah mengambil lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Mohd Pirdaus Azizan, 31, sebagai pekerja mereka.

Advertisement

Ini kerana hasil soal siasat, Pirdaus dikatakn terpaksa mencuri kerana dia tidak mempunyai wang untuk membeli makanan kepada anak-anaknya dirumah yang kelaparan.

“Isteri saya, Norfarahiza Salahuddin, 31, sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi di Hospital Bukit Mertajam  kerana komplikasi akibat keguguran,” kata Pirdaus dipetik laporan Astro Awani.

Pengurus Tesco Mall Bukit Mertajam, Harlina Arijauddin dan Pengurus Sumber Manusia, Nurdiana Ajis mengesahkan tindakan berkenaan di mana katanya mereka telah mengambil keputusan untuk tidak mendakwa Pirdaus sejurus mendapat kesahihan cerita Pirdaus.

“Kami bukan mahu menggalakkan kecurian. Tetapi kes ini berbeza. Kami sudah menjalankan siasatan dan apa yang diceritakan Pirdaus memang benar. Kami bersimpati dengan kesusahannya, dan kami faham apa yang dilakukan adalah kerana terpaksa,” kata jurucakap Tesco kepada Astro Awani.

Sementara itu, pihak polis Bukit Mertajam memberitahu bahawa mereka tidak mengambil apa-apa tindakan kepada lelaki berkenaan kerana tiada sebarang laporan polis dibuat.

“Tindakan lelaki berkenaan mencuri memang satu kesalahan namun ia dibawah pengurusan pasaraya berkenaan.

“Pihak Tesco ada memaklumkan mengenai kejadian berkenaan namun menyatakan ia telah diselesaikan secara baik oleh pihak mereka,” katanya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...