Terbaru, melalui laporan Berita Harian, seorang pempengaruh terkenal telah pun ditahan oleh pihak polis selepas didakwa mencuri beberapa barang di pasar raya, semalam.
Susulan mengaku bersalah, instafamous berkenaan menerima hukuman penjara selama satu hari dan denda sebanyak RM400.
Instafamous, Rumaisyah Yahya, 31 dipenjara sehari dan denda RM400 selepas mengaku bersalah di mahkamah KL kerana mencuri beberapa barang termasuk pewangi bilik, ubat gigi, sabun mandi, dan sayur brokoli berjumlah RM108.18 di sebuah pasaraya petang smlm.
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) November 2, 2023
Difahamkan, influencer tersebut mencuri barangan di pasaraya yang bernilai lebih RM100.
Instafamous tersebut difahamkan mencuri di pasar raya terkemuka yang terletak di Ampang dan dia dikenakan hukuman mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.