Kantoi Curang Lepas Kes ‘Abang Wiring’, Isteri Dapat Tahu Suami ‘Save’ Nombor ‘Bengkel’ Rupanya Penyondol – “Lepas Chat Aku Delete..”

Kehidupan

Kantoi Curang Lepas Kes ‘Abang Wiring’, Isteri Dapat Tahu Suami ‘Save’ Nombor ‘Bengkel’ Rupanya Penyondol – “Lepas Chat Aku Delete..”

Boleh dikatakan susulan kes kantoi curang melibatkan seorang guru dan lelaki berstatus suami orang yang, baru-baru ini, ia sedikit sebanyak memberi kesan terhadap kaum isteri kerana bimbang pasangan juga akan melakukan sedemikian.

Melalui perkongsian di platform media sosial, seorang wanita memberitahu selepas kecoh kes curang melibatkan ‘abang wiring’ itu tular, dia terus memeriksa perbualan suami serta rakan di dalam telefon bimbit.

Advertisement

“Suami saya save nombor penyondol ‘Bengkel’..”

Katanya, tindakan tersebut sama sekali tidak dirancang, namun akui berasa terkejut selepas mengetahui topik perbualan kedua-duanya.

Lepas tu, kawan yang dia mesej itu cakap “kau letak (simpan nombor) nama skandal kau apa?” Suami saya boleh jawab ‘”Bengkel’. Lepas tu chat aku delete (padam mesej)”.

save nombor penyondol bengkel

Biarpun hatinya hancur selepas mengetahui perbuatan curang suami, tetapi wanita terbabit tetap meluahkan rasa syukur kerana diberi petunjuk tentang situasi rumah tangganya.

Kaum isteri kongsi kisah yang sama

Melalui respon netizen yang membaca hantaran itu, rata-rata netizen daripada kalangan wanita turut berkongsikan situasi yang lebih kurang sama.

Banyak je kes macam ni. Kita bercerita kes CCTV wiring tu, tapi viral kes tu asbab je nak terbuka kes masing-masing. Sedih baca.

Dalam pada itu, ada juga netizen yang menasihati untuk tidak memeriksa telefon bimbit suami jika tidak mahu mengetahui suami curang ataupun tidak dan ia juga akan memberi ketenangan.

komen

Isteri Abang ‘Wiring’ Dedah Cikgu Pernah Buat Laporan Palsu, Suami Paksa Tarik Aduan – ‘Dia Tuduh Saya Nak Simbah Asid, Nak Pijak Anak Dia..”
21 hours ago

Isteri Abang ‘Wiring’ Dedah Cikgu Pernah Buat Laporan Palsu, Suami Paksa Tarik Aduan – ‘Dia Tuduh Saya Nak Simbah Asid, Nak Pijak Anak Dia..”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...