Pelakon terkenal Indonesia, Olla Ramlan tampil memberi penjelasan setelah dia didakwa bekerja di kelab malam sebagai deejay (DJ).
Olla dalam satu kenyataan berkata dia hanya berkolaborasi dengan seorang DJ pada ketika itu.
Di luar sana orang cakap saya DJ, padahal bukan. Saya hanya berkolaborasi dengan seorang DJ.
DJ kelab itu bukan saya, tapi Justin. Saya hanya bertindak sebagai PA saja, maksudnya saya menyanyi sambil menari dengan DJ di belakang.
Ujarnya lagi, apa yang dilakukan itu hanyalah sebahagian dari usaha untuk menyara diri dan anak-anaknya.
Terserah nak cakap apa kerana apa yang penting saya bekerja cari duit. Hasil duit yang diperolehi bukan duit daripada wang haram atau rasuah.
Paling penting saya berusaha sebaik mungkin untuk meneruskan hidup bersama anak-anak.
Sekadar info, Olla pernah mendirikan rumah tangga sebanyak dua kali.
Hasil perkongsian hidup, Olla dikurniakan beberapa orang anak.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.