“Kantoi Abang Pasang CCTV” – Enggan Galas Tanggungjawab Cari Rezeki, Wanita Sanggup Berpura-Pura Lumpuh Selama 20 Tahun

Dunia

“Kantoi Abang Pasang CCTV” – Enggan Galas Tanggungjawab Cari Rezeki, Wanita Sanggup Berpura-Pura Lumpuh Selama 20 Tahun

Apabila sudah berkeluarga, normal untuk seseorang bekerja bagi mencari rezeki buat keluarga atau melunaskan hal-hal mustahak, dimana kegunaan duit diperlukan.

Wanita pura-pura lumpuh

Bagaimanapun, tidak bagi seorang wanita berasal dari negara China ini apabila dia didakwa sengaja berlakon lumpuh kerana mahu mengelak dari menggalas tanggungjawab mencari rezeki buat ibu bapa dan adik-beradik.

Advertisement

Wanita yang difahamkan berasal daripada kawasan terpencil di negara China ini duduk bersama ibu bapa dan seorang abang sejak kecil lagi.

wanita pura-pura lumpuh

Difahamkan dari laporan Tribunnews, wanita tersebut berpura-pura lumpuh selama 20 tahun dan tindakan itu dibuat susulan tidak mahu sama-sama bertanggungjawab mencari rezeki buat keluarga.

Disebabkan itu, keluarga wanita terbabit berasa kesian kepadanya dan lebih bekerja keras bagi menyara wanita itu.

‘Kantoi’ lepas abang pasang CCTV

Rahsia mula terbongkar apabila jiran-jiran mendakwa melihat wanita itu keluar berjalan pada waktu malam tanpa pengetahun ibu bapa dan abangnya.

Pada mulanya, ibu bapa tidak percaya dan merasakan jiran-jiran membuat tuduhan palsu tetapi si abang memasang CCTV secara rahsia untuk memantau pergerakan adiknya.

Alangkah terkejutnya apabila si adik yang disangkakan lumpuh boleh berjalan dalam keadaan baik sebelum ahli keluarga pulang ke rumah.

bapa
11 months ago

"Ingin Balas Jasa & Pengorbanan Ayah.." - Pemuda Sanggup Berhenti Belajar Demi Jaga Bapa Yang Lumpuh Sepenuh Masa

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Tribunnews

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...