October 25th, 2018

Melalui beberapa siri siaran langsung di Instagramnya, penyanyi Elyana memberitahu penyakit kanser sel kelenjar yang dihidapinya kini semakin serius apabila semakin menular sehingga ke tulang belakang.

Ia juga menyebabkan dia sukar berjalan.

Malah, Elyana mengalami risiko untuk lumpuh sekiranya sel kanser itu dibiarkan menguasai tulang belakangnya.


Sehubungan itu, Elyana kini telah memulakan rawatan radioterapi untuk memusnahkan sel kanser dalam badannya.

Elyana berkata:

Dalam jam 5 petang, saya baru mulakan radioterapi, itu pertama kali saya menjalani rawatan ini. Sebelum ini saya hanya membuat kemoterapi.

Sebenarnya rawatan ini lagi okay tapi masalahnya sebelum rawatan saya dah makan pil tahan sakit dan kesan dia sangat kuat. memandangkan waktu itu kaki saya masih lagi terasa sakit.

Semasa rawatan, barangkali sebab ‘angin’ di dalam badan, saya muntah terlalu banyak sehingga lembik.

Walaupun begitu Elyana mengucapkan terima kasih kepada peminat yang tidak putus-putus memberikan sokongan sekaligus memberinya kekuatan untuk terus bertahan. Bersama kita doakan Elyana akan sembuh dari sakitnya. – beautifulnara.com


33 responses to “Kanser Merebak Ke Tulang Belakang, Elyana Berisiko Lumpuh”

  1. Persispermata says:

    Be strong. Semoga Elyana cepat sembuh .amin….

  2. Juli says:

    Setiap manusia Allah dtgkn dugaan n ujian..tak sama ujian tu..kkdg kemewahan pun satu ujian jgk..hrp kita bersangka baik itu lbh mulia..DOA utk kebaikkn elyana moga cepat sembuh..
    Mulut netizen mmg takde insurance sukahati dialh nk ckp ape..bila kena kat btg idung baru tau merana sakit menanggung..moga mulut visa netizen ni mendpt hidayah..

  3. BE STRONG ELYANA

    FB: RaSdam Shah Ahrapa
    DOB: 05-02-1991

  4. Anonymous says:

    asal freehair je nak chop orang tak ingat tuhan & dosa. lain-lain kebaikan DIA maha tahu laa.
    korang mana tau baik Elyana kat mana??? jangan menyibuk. doa baik2 dah laa

  5. Anonymous says:

    Dia tersengih ke.. senyum sana sini.. itu die sendiri punye hal.. dosa antara die dengan Allah.. Allah maha pengampun.. ingat tu.. Allah maha pengampun.. melain kan dosa kita sesame manusia.. dosa tu Allah sendiri tak boleh nak ampunkan.. so hati2 berkata2 takut jd fitnah dan mengata.. nanti haru biru kita jadinya nak cari orang yang kite kate nak mohon kemaafan.. orang lain sibuk2 dah nak menyebarang titian sirat !! kite.. terpaksa lari sana sini cari orang yang pernah kite hina dan kecam..

Loading...