Written by serenity | October 25th, 2018

Melalui beberapa siri siaran langsung di Instagramnya, penyanyi Elyana memberitahu penyakit kanser sel kelenjar yang dihidapinya kini semakin serius apabila semakin menular sehingga ke tulang belakang.

Ia juga menyebabkan dia sukar berjalan.

Malah, Elyana mengalami risiko untuk lumpuh sekiranya sel kanser itu dibiarkan menguasai tulang belakangnya.


Sehubungan itu, Elyana kini telah memulakan rawatan radioterapi untuk memusnahkan sel kanser dalam badannya.

Elyana berkata:

Dalam jam 5 petang, saya baru mulakan radioterapi, itu pertama kali saya menjalani rawatan ini. Sebelum ini saya hanya membuat kemoterapi.

Sebenarnya rawatan ini lagi okay tapi masalahnya sebelum rawatan saya dah makan pil tahan sakit dan kesan dia sangat kuat. memandangkan waktu itu kaki saya masih lagi terasa sakit.

Semasa rawatan, barangkali sebab ‘angin’ di dalam badan, saya muntah terlalu banyak sehingga lembik.

Walaupun begitu Elyana mengucapkan terima kasih kepada peminat yang tidak putus-putus memberikan sokongan sekaligus memberinya kekuatan untuk terus bertahan. Bersama kita doakan Elyana akan sembuh dari sakitnya. – beautifulnara.com

33 responses to Kanser Merebak Ke Tulang Belakang, Elyana Berisiko Lumpuh

  1. wekkkkkkk says:

    Apabila saya google “apakah yg menyebabkan kanser”.

    maka jawapan tertulis:

    ..alamak takutnya, makanan tu ada setiap hari.
    …msk dlm microvave pun satu penyebabnya..
    ..apa kita nk buat., ia ada disekeliling kita.

    1

    2
    • Pakatan Harapan Supporter says:

      Di petang Jumaat ini, saya doakan Elyana tabah dan kalau ada rezeki kesihatan bertambah baik. Insya Allah….

      24

      0
      • Anonymous says:

        aku bekas pesakit kanser. 2 kali kena dalam masa 5 tahun. rasa stress, sakit, tak bermaya & dibayangi kematian. berubat abis dekat setengah juta RM. berubat dgn org bijak pandai & Alhamdulillah aku sihat sekarang tapi tetap rasa takut kalau kena lagi sekali. itu lah perasaan pesakit kanser.

        12

        0
    • Anonymous says:

      Orang yg sihat walafiat pun boleh kene kanser.
      Tabahkan diri anda Elyana, you can do it.

      4

      0
  2. elyanapenipu says:

    elyana ni menipu je keje. t kena kanser bebetul bru tahu. jgn layan minah senget ni..

    0

    51
    • vv says:

      Astagafirullah.. menipu apanya kalau terang2 dia dekat hospital masa ni buat radioterapi.. Boleh tak ckap & doa yg baik2 untuk kesihatan dia drpd mengecam.

      23

      0
      • Anonymous says:

        x payah dilayan makcik bawang sis. banyak diluar sana yang sakit otak. inilah statistik terbaru yang mengatakan 40% masyarakat kita mempunyai masaalah mental. kerja mereka picit2 phone dan mengutuk.

        18

        0
    • Anonymous says:

      Aku tgk kat IG dia bukan main buat video jual minyak wangi.. tersengih sana sini, posing bagai, macam feeling2 sensorang… ke ni memang efek cancer tu? sigh

      0

      17
      • Anonymous says:

        tgk igs story dia la ngok

        1

        1
        • Sultan Melaka says:

          xkan nak meraung at least dia positif. yg ko sihat sejahtera mengutuk dia sakit apa pulak hawau?

          20

          0
      • Anonymous says:

        tgk igs story dia la ngok

        0

        1
      • Anonymous says:

        dia jual minyak wangi sebab nk dpt duit, duit tu pon dia guna utk byr rawatan dia. dia happy and tersengih posing sana sini adalah satu terapi utk jiwa dia. supaya dia tak terlalu memikirkan kesihatan dia. kalau dia pikir akan effect emosi dia. igt senang ke org yg ada kanser ni hidup. hidup diorg dibayangi dgn kematian, tahan sakit hari2, mkn ubat hari2. senang ke?? sebab tu dia cuba happykan diri dia.

        45

        0
        • Anonymous says:

          kepada netizen sekalian, silakanlh mmbawang, tapi jgn ada ayat2 kurang baik utk didgr seperti, bodoh, ngok, samdol, hanat, cilaka, ..dn ayat2 luch..tolonglah, nnti jdi kebiasaan.

          maafkan saya.

          13

          0
        • Anonymous says:

          Sepatutnya bila kita dah tau akan kematian tu makin dekat, makin banyakla berubah.. lebihkan akhirat. Sama juga unt kita yg masih sihat ni.. Sekurangnya adalah rasa insaf dlm diri daripada terus menerus menambah dosa.. sementara pintu taubat masih terbuka.. bukan tak boleh happy, tapi beringatla juga yg di Atas tu…

          13

          0
        • Cik B says:

          Nara, tutup lah ruangan gosip ni. Dah lah kau buka aib orang macam Melodi tpi Melodi hari minggu je yang ko hari-hari… lepas tu ramai yang masuk sini mengutuk/buat dosa. Malu baca kelakuan masyarakat, macam ni kah perangai orang Islam? Nanti turun bala macam di Palu baru tahu. Peace…

          4

          1
        • Anonymous says:

          aleh, ko pun buka..ada kat minda kau jugak

          4

          1
      • minah89 says:

        dah tu tak kan lah dia nk post gambar tgh cari kain kafan

        16

        0
      • Adudu says:

        Kalau sakit tak boleh tersengih ke? Hidup kena diteruskan. Doa yg baik2. Kena batang hidung or family sendiri nanti baru kau sedar.

        12

        1
    • Anonymous says:

      Sedihnya you ni. Eja ‘nanti’ pun tak lepas, ada hati nak maki orang kena kanser. ingat, hidup ni macam roda. if anything were to happen to you in the future, dont you dare smile or laugh and try to live your life the best way you can. orang macam you ni layak untuk bersedih sepanjang hidup je.

      8

      0
    • peratijangantakperati says:

      aku harap kau yg kena ape yg elyana hadapi skg..biar sakit beralih kat kau..
      time tu baru kau rasa siksanya…mana ada org sakit menipu lahanetttt!

      4

      1
  3. huhu says:

    semoga tabah dengan ujian dariNya..banyakkan istighfar ye elyana..

    3

    1
  4. kakikucinghitam says:

    dlu dgr cite ( x tahu betul ke x ) elyana x buat kimo cancer…

    anyone ada cancer pls jgn tolak kimo. kita usaha dan ikhtiar. my sister cancer tahap 3 alhamdulillah sihat selepas kimo.

    semoga elyana cpt sembuh. love her spirit sbb selalu ceria

    6

    0
  5. Anonymous says:

    Banyaknya dalam ni org sakit otak. Kesian tengok orang2 dlm nie Melayu dan Islam tpi adab dan sopan entah hilang ke mana pun x tau.

    6

    0
    • Oman says:

      melayu mcm ni susah nk maju..hidupnya tenang agaknya bile mengutuk..takpun mmg di bayar utk buat ayat2 kontroversi..supaya org ramai maki hamun dia..i dunno..maybe thats how u get the income from here..

      1

      1
      • Anonymous says:

        Xde income…. income mereka dosa je! sama mcm Nara, hari2 mbuka pekung bgosip. Heran pulak PU Amin x nk tgor ke?

        0

        1
  6. Anonymous says:

    Dia tersengih ke.. senyum sana sini.. itu die sendiri punye hal.. dosa antara die dengan Allah.. Allah maha pengampun.. ingat tu.. Allah maha pengampun.. melain kan dosa kita sesame manusia.. dosa tu Allah sendiri tak boleh nak ampunkan.. so hati2 berkata2 takut jd fitnah dan mengata.. nanti haru biru kita jadinya nak cari orang yang kite kate nak mohon kemaafan.. orang lain sibuk2 dah nak menyebarang titian sirat !! kite.. terpaksa lari sana sini cari orang yang pernah kite hina dan kecam..

    2

    1
  7. Anonymous says:

    asal freehair je nak chop orang tak ingat tuhan & dosa. lain-lain kebaikan DIA maha tahu laa.
    korang mana tau baik Elyana kat mana??? jangan menyibuk. doa baik2 dah laa

    5

    2
  8. BE STRONG ELYANA

    FB: RaSdam Shah Ahrapa
    DOB: 05-02-1991

    0

    0
  9. Juli says:

    Setiap manusia Allah dtgkn dugaan n ujian..tak sama ujian tu..kkdg kemewahan pun satu ujian jgk..hrp kita bersangka baik itu lbh mulia..DOA utk kebaikkn elyana moga cepat sembuh..
    Mulut netizen mmg takde insurance sukahati dialh nk ckp ape..bila kena kat btg idung baru tau merana sakit menanggung..moga mulut visa netizen ni mendpt hidayah..

    2

    0
  10. Persispermata says:

    Be strong. Semoga Elyana cepat sembuh .amin….

    2

    0
  11. sepaun says:

    Semoga terus kuat, banyakkan berdoa.. semoga semuanya dipermudahkanNya, semoga cepat sembuh :)

    2

    0
  12. Buah Bara says:

    Nk kongsi sikit ilmu..kakak sepupu sy kena cancer payudara tahap 4.
    Mmg dh putusasa berubat yg moden yg traditional..dh cuba semuanya..tapi last2 ada seorg nenek saudara di Tambun Perak Kasi buah bara yg dh ranum masak gugur kasi dia minum 5x je dh sembuh nmpknya..dh 5thn berlalu sampai skrg kakak Ayu makin sihat Alhamdulillah syukur.. cubalh elyana atau sesiapa Google atau tanya sape2 leh for info buah bara ni katanya byk kat negeri Perak..

    5

    0

Leave a Comment

Optional