Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Kandungan Siti Nurhaliza Semakin Terserlah

Meskipun Siti Nurhaliza tidak pernah mengakui bahawa beliau sudah berbadan dua,  namun terdapat banyak petunjuk yang mengiyakan desas-desus tersebut.

Advertisement

Terbaru, sekeping foto yang menunjukkan bentuk badan Siti Nurhaliza yang berisi serta membuncit di bahagian perut telah menjadi bualan ramai di Internet.

Foto tersebut diambil ketika Siti Nurhaliza baru-baru ini mempromosikan  Anugerah Juara Lagu yang ke 30.

Berita tentang kehamilan beliau mula mencuri tumpuan ramai apabila Siti Nurhaliza memuat naik foto beliau meminum susu kambing bersama kurma yang sering diamalkan oleh ibu mengandung kerana khasiatnya.

Malah, perbuatan Hetty Koes Endang yang mengusap perut Siti Nurhaliza serta melarang beliau untuk tidak terlalu lincah di atas pentas Konsert Satu Suara Volume 2 minggu lalu mengundang pelbagai persoalan.

Advertisement

Tidak mengapalah, mungkin Siti Nurhaliza mengingati pesan orang tua-tua agar tidak terlalu teruja dan mengumumkan kehamilan jika ia masih lagi berada di tahap yang agak awal. Walaubagaimanapun, kami yakin doa seluruh peminat untuk melihat Siti Nurhaliza bahagia dengan kehadiran cahaya mata tidak pernah lekang.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top