Kandungan Mona Allen Cecah 8 Bulan, Pekin Minta Orang Ramai Doakan Isteri Semoga Segalanya Dipermudah

Hiburan

Kandungan Mona Allen Cecah 8 Bulan, Pekin Minta Orang Ramai Doakan Isteri Semoga Segalanya Dipermudah

Baru-baru ini, pelakon Pekin Ibrahim meminta orang ramai mendoakan kandungan sulung isterinya yang kini memasuki usia lapan bulan.

Berita gembira itu dikongsikan melalui entri yang dilakukan di akaun Instagram milik pelakon itu pada Khamis.

Advertisement

Menerusi caption postingan yang dibuat, Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan Ibrahim, 40, meminta segalanya dipermudahkan buat isterinya Mona Allen.

8 bulan, doakan semua dipermudahkan buat isteri saya.”

Beralih ke ruangan komen, rata-rata warganet rakan selebriti menitipkan kata-kata semangat untuk pasangan berkenaan agar proses melahirkan zuriat berjalan dengan lancar.

“Semoga semuanya selamat dan dipermudahkan,” ujar seorang warganet.

“Alhamdulillah, semoga dipermudahkan,” komen pelakon veteran Fauziah Nawi.

Untuk pengetahuan, pasangan tersebut telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 7 Disember 2018.

Selain itu, kami kongsikan artikel yang berkaitan pada pautan di bawah.

Mona Allen
3 years ago

Nak Ada Anak Dalam Tahun Ini, Pekin Dan Mona Allen Jalani Rawatan Kesuburan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...