Kandungan Masuk Trimester Kedua, Mawar Rashid Dah Berani Naik Bot

Hiburan

Kandungan Masuk Trimester Kedua, Mawar Rashid Dah Berani Naik Bot

Berani mengambil risiko menaiki bot meskipun usia kandungan baru sahaja memasuki trimester kedua semasa bercuti ke Pulau Perhentian, Terengganu baru-baru ini, pelakon Mawar rashid mendedahkan dirinya telah mendapatkan nasihat dan saranan doktor sebelum membuat keputusan untuk bercuti ke sana.

mawar rashid hamil

Advertisement

Menurutnya, beliau perlu menaiki bot yang bersaiz besar bagi memastikan tiada hentakan kuat yang mampu menjejaskan kandungannya itu.

“Alhamdulillah, memang saya jaga betul-betul. Saya dah tanya pada doktor, bukan main naik saja bot dan pergi ke pulau tanpa dapatkan kepastian tentang kandungan saya.”

Ujar Mawar, dirinya juga turut memastikan beliau sentiasa duduk di bahagian belakang agar tidak terkenan hentakan kuat.

“Semasa di sana pun, saya memang jaga betul-betul… saya duduk di bahagian belakang bot sebab taka da hentakan.”

mawar rashid hamil

Disoal berkenaan kandungan kini, Mawar menyatakan alahan dan loya yang dialaminya sejak memasuki trimester kedua kini semakin berkurangan.

Advertisement

Malah, menyifatkan kehamilan anak kedua ini lebih mudah berbanding anak sulungnya dahulu, Raden Muhammad Rafael yang kini berusia setahun.

mawar rashid hamil

Untuk rekod, Mawar dan suami, Raf Yaakob diijabkabulkan pada 9 November 2017. Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.

Malah suaminya Raf pula mempunyai dua lagi cahaya mata iaitu Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela hasil perkahwinan pertamanya dahulu.

Sumber: mStar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...