Sedih sungguh dengan apa yang terjadi namun ini adalah ketentuan daripadaNya. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Apa pun, jutaan takziah Abang Nara ucapkan kepada Pierre Andre dan isteri yang terpaksa mengugurkan kandungan mereka yang berusia 13 minggu kerana terdapat masalah pada janin.
Yang penting, isteri Pierre, Nurhidayah tidak mengalami sebarang komplikasi selepas pengguguran dilakukan. Kata Pierre kepada Utusan Malaysia:-
Doktor terpaksa menggugurkan kandungan isteri saya yang berusia 13 minggu kerana terdapat masalah pada janin. Jujurnya kami memang sedih, tetapi pada usia yang masih muda ini, kami percaya dengan rezeki,.
Anggaplah ini sebagai satu dugaan buat anda berdua. Insya Allah di masa hadapan akan ada rezeki untuk menimang cahaya mata. Takziah buat Pierre dan isteri. Kuatkan semangat anda.