Kandungan Cecah 32 Minggu, Zahirah Macwilson Gembira Berat Badan Naik 10kg

Hiburan

Kandungan Cecah 32 Minggu, Zahirah Macwilson Gembira Berat Badan Naik 10kg

Mendedahkan berat badannya kini naik 10 kilogram (kg), pelakon jelita Zahirah Macwilson akui gembira dengan perkhabaran itu.

Advertisement

Menurutnya, beliau kini sedang berbahagia di Perth, Australia sambil ditemani suaminya, Aiman Hakim ketika sedang sarat hamil anak sulung mereka yang telah memasuki usia 32 minggu.

Perkara itu dikongsi sendiri oleh Zahirah menerusi sebuah posting di laman Instagram miliknya.

“32 yang penuh sabar, kegembiraan bertambah 10kg dan membekalkan kasih sayang yang tidak berkesudahan kepada si kecil,”

Dalam entri itu, Zahirah tampil memuat naik fotonya berdua-duaan bersama Aiman di tepi pantai.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya menzahirkan kata-kata positif buat pasangan itu.

Bahkan, selain menitip doa agar proses kehamilannya berjalan lancar, ramai juga seakan tidak sabar menanti kelahiran zuriat sulung mereka.

Terdahulu, Zahirah dan suami telah berangkat ke Australia untuk bersama keluarga dan akan manjalani proses bersalin di negara tersebut pada bulan lalu.

Untuk rekod, pasangan ini telah sah menjadi suami isteri pada 20 Februari 2020 dalam sebuah majlis yang diadakan di Petaling Jaya.

Sumber: Gempak 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...