Baru-baru ini tular sekali lagi di media sosial gambar kereta kancil yang kelihatan sangat uzur yang digelar ‘Kancil Lejen’. Untuk pengetahuan, kereta kancil tersebut telah ditahan pihak polis kerana pemiliknya tidak memiliki lesen memandu.
Bukan setakat pemiliknya tiada lesen memandu, kereta itu juga tidak memiliki cukai jalan yang sah. Kalau korang tengok pada kondisi kancil ini sangatlah teruk kerana tidak berbumbung dan hanya ditutup dengan kanvas serta kadbod. Tayar belah kanan pun pecah!
Bukan tu jer, menurut laporan Pandu Laju, terdapat sebuah lagi kereta Kancil yang berwarna hijau ditahan kerana tiada nombor pendaftaran dan cermin pintu belakang disebelah kiri pecah.
Kisah Kancil ini tular kemudian Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng berkongsi di laman Facebooknya dan membuat laporan kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) disebabkan Kancil tersebut membahayakan pengguna jalanraya yang lain.
Disebabkan ianya telah lama tular dan tidak dihuraukan oleh pihak berkuasa, timbul desas desus dalam kalangan netizen mengatakan yang ‘Kancil Lejen’ tersebut adalah milik perisik Polis.
Walaubagaimanapun, pemilik ‘Kancil Lejen’ itu tidak didedahkan tapi, terdapat beberapa gambar yang menunjukkan paras rupa pemiliknya. Apa pandangan korang? Perisik ke tu?