Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun mengakui merogol adiknya yang berusia 6 tahun di ruang tamu rumah mereka selepas bermain permainan video ganas “Grand Theft Auto” yang menanyangkan adegan seks.

Adegan ganas video permainan itu
Dia menghasut adik perempuannya untuk melakukan aktiviti seksual berkenaan sejurus menonton rakaman aksi seksual dalam video permainan berkenaan. Sementara itu, semasa kejadian ibu bapa mereka berada di dalam bilik tidur.
Permainan video tersebut hanya dijual kepada remaja yang berusia 18 tahun ke atas kerana mempunyai unsur keganasan dan seks.
Mahkamah Swindon, United Kingdom mengutuskan bahawa kanak-kanak berkenaan diberi perintah 12 bulan tidak dibenarkan tinggal dengan adik-beradiknya.
Kejadian seperti ini akan menjadi teladan kepada kanak-kanak dan remaja lain yang mengambil peluang untuk melakukan perkara yang dilarang. Perintah tersebut juga memberi pengajaran kepada pesalah dan berhasrat tidak akan mengulanginya lagi.
Ibu kepada kanak lelaki itu berkata, dia menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk melakukan perkara yang betul dan untuk keselamatan anak-anak yang lain. Dan dia juga menyatakan hasrat untuk menyatukan semula keluarganya.
Kanak lelaki berkenaan didaftarkan atas kesalahan seks selama dua setengah tahun.
Sumber: Dailymail